Friday, January 31, 2014

Sudah Sebulan Lebih Berlalu =)

Assalammualaikum wbt.

Hai hai hai! Di sini saya ingin memperkenalkan diri sebagai Puan Zuraidah Bte Othman iaitu merangkap ISTERI kepada Encik Mohd Faizal Bin Othman. Eh nama bapak sama lah! hahah kalau korang nak tahu bukan setakat nama bapak je sama, ni aku baru tahu nama mak kepada bapak-bapak kitorang iaitu merangkap nama nenek pon sama tau. Dua-dua nama nenek belah bapak kami ialah Nyah. hehehe... jodoh-jodoh :p

Alhamdulillah, dah sebulan lebih sikit (35 hari) kami telah sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah syukur alhamdulillah. Majlis kami berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Walaupon majlis tidak se 'gah' mana, bahang kemeriahan sangat kami rasai. Yelah ini adalah majlis perkahwinan terakhir bagi kedua-dua belah keluarga. Lepas ni turn anak-anak buah pulak. hihihi. 

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Kalau dulu kat profil diri, "bujang single".. tapi sekarang dah carry penggilan baru lak "sudah berkahwin married". heee alhamdulillah.

FYI, kami bernikah pada 27 Dis 2013, majlis sebelah perempuan 28 Dis 2013 dan majlis bertandang pada 29 Dis 2013. Alhamdullilah, kenangan terindah kami bersama. Terima kasih Ya Allah, KAU mendengar segala permohonan doaku agar aku dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk menjadi imamku, sebaik-baik masa dan waktu untuk menjadikan aku sebagai isteri kepada suamiku dan sebaik-baik perancangan yang menjadi titik permulaan kepada episod indahku bersama keluarga sakinah yang bakal kami bina bersama kelak insyaAllah, alhamdulillah.

Semoga hubungan suci yang terjalin antara kami ini akan sentiasa dipayungi rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Ok jom layan sikit gambar-gambar kahwin kitorang. Layan sikit dulu eh, insyaAllah kalau aku rajin, nex time kite sharing lagi. heeee mmuahx!











...AMIN AMIN AMIN...

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, October 10, 2013

I'm Lost!


Tak tahulah, makin dekat nak kahwin ni makin aku rasa serba tak kena. Aku stress, aku tension. Terlalu banyak perkara yang bermain di dalam sangkar otak aku ni. 

Persiapan sebelum kahwin spt andaman, baju nikah, baju kahwin, makeup, pelamin, dekorasi bilik, peralatan dalam bilik, door gift, kad kahwin, borang kahwin, barang hantaran, kek kahwin, duit simpanan dan bla-bla-bla-bla-bla. 

Persiapan selepas kahwin spt tempat tinggal, tanggungjawab, peranan, layanan, kebahagiaan  dan bla-bla-bla juge!

Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini Ya Allah. Tiada tempat lain untuk ku pohon selain darimu Ya Allah. Bantulah aku... Sesungguhnya jadilkanlah aku hambamu yang lapang dadanya agar segala perancanganku dapat aku lakukan dengan jayanya. 

Amin Ya Rabbal Alamin. 



:(


BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^