Wednesday, November 28, 2012

Selamatkanlah GAZA Ya ALLAH.



Assalammualaikum w.b.t

Sedang negara kita aman bahagia tanpa sebarang perpecahan, penderitaan, persengketaan dan peperangan janganlah kita sesekali lupa, buta dan alpa terhadap kekejaman yang sedang berlaku di negara saudara seakidah kita Palestin di Gaza. Kepayahan mereka bertarung dengan nyawa semata-mata untuk mempertahankan bumi mereka daripada ditakluki oleh Rejim Zionis Laknatullah. Kesengsaraan yang dilalui oleh segenap lapisan masyarakat daripada semua peringkat umur amatlah menyedihkan dan menginsafkan. 



Kanak-kanak ini tidak berdosa dan baru hendak belajar mengenali dunia.
Namun apa yang dipelajarinya adalah tentang kekejaman manusia sesama manusia.

Jasat mereka tidak dapat di semadikan dengan baik dan sempurna.
Semoga Allah menempatkan roh mereka di syurga.

Kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka perlu berebut
hanya untuk mendapat sekeping roti.

Wajah-wajah ibu yang lemah menanggung penderitaan selepas kematian anak-anak dan suami .

Persekitaran yang dahulunya aman damai menjadi musnah dan hancur.

Bagaimanakah dengan nasib anak kecil ini selepas ketiadaan ibunya?


Tangisan kanak-kanak ini tidak akan dapat mencalit sedikit senyuman di wajahnya.


Kediaman yang dahulunya indah dan gah, kini hancur begitu sahaja.

Kekurangan bekalan perubatan tidak mampu untuk memulihkan mereka yang tercedera.

Tiada sekolah yang dapat mendidik kanak-kanak ini untuk belajar erti kehidupan sebenar.

Mereka golongan yang lemah untuk terus berjuang mempertahankan diri mereka
dan keluarga daripada kekejaman manusia.  


Tiada apa yang tinggal selain keazaman untuk terus mempertahankan bumi mereka
daripada terus ditakluki rejim Zionis Laknatullah.


Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kita masih dapat merasai kebahagian berkeluarga, keindahan persekitaran, kelengkapan perubatan, dan cukup makan serta pakai. Marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ini kehadrat ilahi. Alhamdulillah.



APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMBANTU MENYELAMATKAN GAZA, PALESTIN?

1. Berdoalah setiap kali selepas solat. Berniatlah agar doa yang dipanjatkan dapat memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus berjuang.


2. Mendermalah seikhlas yang mungkin. Walaupon nilainya kecil, jika ia dikumpul sedikit demi sedikit pasti ia akan membumbung dan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan..

    a) Tabung Amal Palestin                                
                                  Bank Islam - 12029010047880
                                  Maybank - 562263010787
                                  Bank Muamalat - 12070005133717
                                  RHB Islamic Bank - 21245760004907
                                  Bank Rakyat - 220806195922

    b) Tabung Wanita & Kana-Kanak Palestin
                                  Bank Islam (M) Berhad - 1202-9010-0598-95

    c) Melalui SMS
                                 SMS - PALESTIN <JARAK> 10/5/3/1 ke 39111


3. Lancarkan BOIKOT terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Israel.


4. Semua negara-negara Islam bersatu menyelamatkan Palestin daripada terus ditakluki oleh rejim Yahudi yang bermaharajalela membunuh dan memusnahkan bumi Palestin dimana terletaknya tempat suci Masjid Al-Aqsa iaitu masjid yang ketiga berkat dan pentingnya kepada umat Islam. 


"Jikalau kita sebagai umat Islam dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk membebaskan Palestin, pastinya dunia Islam akan bersatu kukuh sebagaimana kukuhnya Islam ketika dizaman para Sahabat suatu ketika dahulu. InsyaAllah."


BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

No comments: