Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana tahun ini kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. 

Raya tahun ni best sangat-sangat tau. Kenapa aku cakap best? Hah meh sini aku bagi 3 sebab musababnya kenapa aku cakap raya tahun ni best. Tiga cukuplah kan... sebab ketiga-tiga sebab nilah merupakan perkara terindah yang aku rasakan pada raya tahun 2013 ni. :)

Nombor 1 : Alhamdulillah mak abah masih diberikan kesihatan yang baik pada raya kali ini. Kami masih berpeluang beraya bersama. Moga mereka akan akan kekal beraya bersama kami utk kesekian tahun lagi lamanya. Masih tak puas nak cium mak dan abah di pagi raya. Masih tak puas nak makan rendang mak di pagi raya. Masih tak puas nak bersama-sama abah berniaga ayam di depan rumah pada hari membantai. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka ya Allah. amin...

Nombor 2 : Kami adik beradik masih dapat berkumpul beramai-ramai, bermaaf-maafan di pagi raya... Itulah saat-saat paling manis yang selalu akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Adik aku Ain dan suaminya pon beraya di Melaka tahun ni. Lagilah bertambah meriah... mcm tahun lepas sedih sikitlah sebab dia beraya di kampung suami di Machang, Kelantan. Ditambah lagi dengan keriuhan anak-anak buah yang semakin bertambah ramai dan menginjak remaja... sangat sayangkan mereka! 


Nombor 3 : Sebab tahun ni adalah tahun tunggal di mana aku beraya sebagai tunangan orang. Wah sangat excited oke! Tak macam tahun-tahun lepas, aku pernah beraya membawa status solo bertahun-tahun, status makwe orang yang juga bertahun-tahun, dan kembali ke status solo semula tahun lepas. Huhu tahun ni special la sebab ini adalah tahun pertama dan berdasarkan planning adalah tahun terakhir aku beraya sebagai tunangan orang (InsyaAllah moga dipermudahkan segala perancangan). Pastu sebagai isteri dan ibu pula... amin insyaAllah.

Hehehe dan dikesempatan ini juga, aku ingin menyusun 10 jari ingin memohon seribu kemaafan daripada korang semua andai kata aku pernah mengguriskan hati korang or jiwa raga korang ye. Kadang-kadang bila kite buat silap memang tak nampak. Almaklumlah dah sifat manusia yang memang serba serbi kekurangan. 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin"

Abah dan Emak kesayangan Hamba

Keluarga ku. Masih x cukup lagi nie sebab family akak nombor 4 dan akak nombor 5 aku tak sampai lagi masa ni. Haihhh keciwa...

Ala malas lah pulak nk type caption. Korang interprate jelah pape masa layan pic-pic kat bawah ni eh. Haha pabila kemalasan sudah melanda. lalalala






















Sekian! mmmuahxxx!

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, June 27, 2013

Di sebalik Birthday Adam Mukri :)

Hai saje nak bercerita pasal aktiviti family aku malam sabtu yang lepas. Huhu kitorang sambut birthday Adam Mukri, iaitu anak abang lang aku. Tahun ni Adam sambut birthday yang ke 5 tahun.! Dah jadi big boy sekarang... dan makin nakal! Hihihi tapi biasalah budak-budak, kalau tak nakal tak teruja lah nak menjaganya kan. 

Kak lang aka kakak ipar aku decide nak celebrate birthday anak lelaki tunggal diorang (wat masa ni lah tunggal, tahun depan tak tahuler) dekat restoran ikan bakar Nelayan, Kuala Sungai Baru. Kira okeylah sebab kak lang tempah terus dewan makan dia yang boleh muat sehingga 100 orang. Selain daripada makanan, diorang juga sediakan PA System untuk kemudahan kami mengadakan aktiviti. 

Ok Jom layan gambar malam tu cepat-cepat jom. Sebab aku rasa ade benda lain yang aku nak kongsikan dengan korang. Kisah dimana segalanya bermula di sini. Apekebenda??? Hahaha sabau oke sabau. Layan gambar-gambar ni dulu. :)







-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Oke jom sambung apekah cerita disebaliknya besday ank buah aku si Adam ni. Tau, mesti masing-masing tak sabau kan (Erk, ke aku yang tak sabau ni? haha) Alkesahnya begini...Huhu bila sambut birthday Adam ni, tetiba otak aku teringat balik kenangan setahun yang lalu. Detik-detik yang mula merapatkan hubungan aku dengan tunang ~ Mohd Faizal Othman (La kesah tunang ker? takdelah benda lain si zubex ni nk cerita. haha maap ler, kalau nak baca sila teruskan, kalau tak nak sila baca jugak. hahaha :p ) 

Yalah ramai dah tahu, kitorang memang kawan lama dari sekolah rendah tapi hubungan kami tak pernah rapat pon. Setakat bertegur sapa di FB n berborak masa reunion jelah. Lebih-lebih memang tak pernah sebab kitorang memang setakat kawan lama jek masa tuh. 

Alkesahnya begini ::::: Aku ingat lagi masa tu aku baru je break up ngan ex-boyfriend aku. Kitorang break up through phone je. Masa tu sabtu, 23.06.2012. Huh dah kata pon putus cinta kan, memang lah nangis tak hingat dunia. 7 tahun ko. mahu tak meroyan sekejap. huhu sampai-sampai umah jek, rumah kosong pastu aku terus sambung nangis dalam bilik, dalam toilet, dalam bilik balik... Kebetulan masa tu rumah abg lang ada buat birthday party Adam yang ke 4 tahun.. Dengan mata yang bengkak, aku rasa macam tak nak pergi je... tapi tak pergi kang ape lak family aku fikir kan. So nak tak nak start enjin kereta n gi lah umah abg lang. 

Sampai-sampai jek aku terus lepak ngan anak-anak buah aku kat port basuh pinggan. Diorang pasan mata aku bengkak tapi takde sorang pon tegur. huhu tengah dok busy-busy basuh pinggan, ada sorang makcik yang cun melecun tegur aku...

Mak cik bakal mak mertua: "Eh awak ni kawan anak mak cik kan Faizal?"
Aku bakal menantu: Dengan konfiden-nye, "ehhh tak lah mak cik saya takde kawan nama Faizal."
Mak cik bakal mak mertua: "Ehh betul, awak kan kawan dengan anak mak cik Faizal..."
Aku bakal menantu: Bertambah-tambah kofiden lagi, "betol mak cik saya takder kawan nama Faizal" sambil otak aku pikir laju-laju siapakah makcik ini, dan siapakah Faizal yg dimaksudkan. 
Mak cik bakal mak mertua : Eh kan awak pernah datang beraya dengan kawan-kawan yang lain ke rumah makcik 2 tahun lepas...?
Aku bakal menantu: Erk, dalam hati aku dok berkata-kata "bila masa plak ni? Hadoi mak cik ni"
Mak cik bakal mak mertua : Anak makcik Faizal Othman la...
Aku bakal menantu: OOOOHHHHHHH okay mak cik ok, oh pejal rupanya. hahaha mintak maaf la mak cik, saya lupa ada kawan nama Faizal. Aduhh malu aku malu !@#$%^&*(
Mak cik bakal mak mertua : Hah ingat pon. Tulah mak cik ingat muka awak.... hehehe ok ok takper :)

Hehehe segalanya bermula di sini. I love that moments... Tak sangka, macam ni caranya Allah berikan jodoh kepadaku. Amin Ya ALLAH, amin. :)

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, November 22, 2012

Percutian Drastik - Cherating

Assalammualaikum w.b.t Nak tanya ni pernah tak korang pergi holiday secara drastik? Unplanned gitu... Mesti ade yg pernah kan. Siyesly best gile kan korang! Bagi yang pernah lah. Sesekali buat keje tiba-tiba memang amat mengujakan. Decide nak gi bercuti tengah2 malam, buat muka kesian ngan parents merayu & nk gi berjalan jauh2 esoknye, kira2 bajet last minute, drive 6-7 jam sehari, redah je highway dgn tekadnya, dan part paling best ialah pacu je kete laju-laju dengan niat yang satu iaitu untuk release tension! Hahaha memang o-som!

 Al kesahnya ini adalah kejadian 5 bulan yang lepas (julai 2012). Aku, adik aku ain, anak buah aku farra dan fatin buat plan last minute pegi bercuti. Ni sume sebab aku lah yang ala-ala frust menonggeng kot masa tu. Mane tak menonggeng tertonggeng, aku yang happy 25 jam sehari ni boleh pulak kurung-kurung diri dalam bilik, tak makan, menangis, termenung...haihhh kalu dibiarkan mungkin boleh ke tanjung rambutan aku! Hahaha. Tapi masa tu lah kan. So last-last atas keperihatinan adik bongsu aku dan anak-anak buahku tersenget, mereka cadangkan aku untuk pergi menenangkan fikiran dengan syarat mereka follow sekali lah. Cari tempat yang boleh relex-relex, lepak-lepak, tenang-tenang. Maka Cherating menjadi tumpuan. Fuh mentang-mentang dah gaji masa tu ken... Memey lajulah kompomnya.

So lepas diskusi ringkas, aku ngan adik aku ain pegilah mengadap mak abah aku. Memula memang mak aku tak bagi...tapi lepas aku meleleh serba ringkas, maka mak aku rasa tersentuh dan mengizinkan kami pergi. Yahooooo! So esoknya dalam pukul 9 kami meneruskan perjalanan ke highway dan perjalanan yang hanya berpandukan gps handphone selamat pada 7jam berikutnya. Orang pempuan yang drive ken... Melaka-Pahang memang jauh nau rasanya. Kikiki.

 Sampai je terus mengayau check in bilik. Rezeki kitorang lak dapat bilik betul-betul mengadap laut. Kami menginap di Ranting Beach Resort. Permandangan persekitaran chalet memang sangat-sangat cantik. Cuma dekorasi dalam bilik je kurang selesa. Perabot-perabot agak lama, ada lampu dalam bilik yang tidak berfungsi, berhabuk dan tak terjaga sikit. Tapi takpelah kan, nasib baik kami semua rajin-rajin dan mementingkan kebersihan. So cepat-cepat pergi minta penyapu dekat services counter. Selesa! Harga menginap untuk semalam hanya RM120 je. ok lah tu... dapat katil king size. Tidur malam himpet-himpet, ok takpe sebab kami dah biasa. huhu

 Sepanjang berada disana, kami gunakan segala masa yang ada dengan menenangkan fikiran dan have fun. Amik-amik gambar, jalan-jalan tepi pantai, makan-makan dan esoknya dalam pukul 11 pagi kami terus check out! Kalau nak dikira-kira memang tak sampai sehari pon kami stay di Cherating. Tapi tak tahulah ehk, kami rasa macam dah 4 hari disana kot...seriously. Memang aku happy je disana, hilang terus keresahan yang melanda diri. Hem tak caya ke aku happy..? Meh aku buktikan...cuba layan pic-pic gile kentang kami disana. -.-" o-som!

Masa ni dah half drive. Ape lagi gi recharge betry da kat seat belakang.
My second driver, Miss Rara. Berhenti rehat di Genting Sepah
My sis 'Ain' and Me. Lepak check in terus lepak pantai u ols.

Wajah-wajah kegembiraan... Rara, Fatin, Ain

Kalau tak fly lentik-lentik memang x syiok lakan! haha

Pantai sangat-sangat cantik dan luas. Bayu laut terlalu menenangkan. Aku rindukan Cherating! 

Cenderhati di sini cantik-cantik tapi harganya mahal la. huhu
Membeli belah before gi makan malam.
Saya nampak montel disitu! ouchhh
o-som!Muka budak kelaparan. Alamak lupa nak snap siakap tiga rasa, udang dan 
sotong goreng tepung, kerang bakar dll. aishhh sodap!
Post awal pagi. Mentari yang sungguh menyamankan.
Inilah chalet kami. Ranting Beach Resort.

Dah nak balik dah time ni... mereka memang gile bergambar. hahah 
Muka sedih nak tinggalkan Cherating. :'(
Ready to going back. Bye-bye Cherating. Will gonna miss u!!! 

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^