Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana tahun ini kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini.
Raya tahun ni best sangat-sangat tau. Kenapa aku cakap best? Hah meh sini aku bagi 3 sebab musababnya kenapa aku cakap raya tahun ni best. Tiga cukuplah kan... sebab ketiga-tiga sebab nilah merupakan perkara terindah yang aku rasakan pada raya tahun 2013 ni. :)
Nombor 1 : Alhamdulillah mak abah masih diberikan kesihatan yang baik pada raya kali ini. Kami masih berpeluang beraya bersama. Moga mereka akan akan kekal beraya bersama kami utk kesekian tahun lagi lamanya. Masih tak puas nak cium mak dan abah di pagi raya. Masih tak puas nak makan rendang mak di pagi raya. Masih tak puas nak bersama-sama abah berniaga ayam di depan rumah pada hari membantai. Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka ya Allah. amin...
Nombor 2 : Kami adik beradik masih dapat berkumpul beramai-ramai, bermaaf-maafan di pagi raya... Itulah saat-saat paling manis yang selalu akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Adik aku Ain dan suaminya pon beraya di Melaka tahun ni. Lagilah bertambah meriah... mcm tahun lepas sedih sikitlah sebab dia beraya di kampung suami di Machang, Kelantan. Ditambah lagi dengan keriuhan anak-anak buah yang semakin bertambah ramai dan menginjak remaja... sangat sayangkan mereka!
Nombor 3 : Sebab tahun ni adalah tahun tunggal di mana aku beraya sebagai tunangan orang. Wah sangat excited oke! Tak macam tahun-tahun lepas, aku pernah beraya membawa status solo bertahun-tahun, status makwe orang yang juga bertahun-tahun, dan kembali ke status solo semula tahun lepas. Huhu tahun ni special la sebab ini adalah tahun pertama dan berdasarkan planning adalah tahun terakhir aku beraya sebagai tunangan orang (InsyaAllah moga dipermudahkan segala perancangan). Pastu sebagai isteri dan ibu pula... amin insyaAllah.
Hehehe dan dikesempatan ini juga, aku ingin menyusun 10 jari ingin memohon seribu kemaafan daripada korang semua andai kata aku pernah mengguriskan hati korang or jiwa raga korang ye. Kadang-kadang bila kite buat silap memang tak nampak. Almaklumlah dah sifat manusia yang memang serba serbi kekurangan.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin"
|
Abah dan Emak kesayangan Hamba |
|
Keluarga ku. Masih x cukup lagi nie sebab family akak nombor 4 dan akak nombor 5 aku tak sampai lagi masa ni. Haihhh keciwa... |
Ala malas lah pulak nk type caption. Korang interprate jelah pape masa layan pic-pic kat bawah ni eh. Haha pabila kemalasan sudah melanda. lalalala
Sekian! mmmuahxxx!
BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^
No comments:
Post a Comment