"Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan utk agama Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat, solat dan pergaulan bayangkan lelaki yang macam mana ingin memperisterikan kita. Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik. Utk dpt jodoh yang baik bukan kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk elak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk ke syurga atau neraka bukan majlis perkahwinan yang cuma satu atau dua hari yang menjadi pandangan manusia sahaja. Para isteri yang ingin berkongsi masalah dan meminta pertolongan sila lihat diri perbetulkan diri kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap. Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu agama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manfaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihat kedegilan kita dengan Allah"
- Prof Dr Muhaya's status.
Assalammualaikum wbt.
Hari ni aku nak share ngan korang Santapan Rohani yang dipetik oleh Profesor Dr Muhaya di dalam facebook beliau baru-baru ini. Terlalu kagum aku kepada puitis nasihat yang digarap oleh Prof Dr untuk tatapan umum. Hati aku bagaikan di palu selepas menghabiskan baris akhir nasihat Prof Dr. itu.
Apa yang dapat aku rungkaikan adalah sebelum kita menilai cara orang lain, perbuatan orang lain dan permikiran orang lain, hendaklah kita terlebih dahulu menilai atau meng'audit diri kita sendiri terlebih dahulu.
Jika kita mahu memiliki Suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab maka perlulah kita belajar menjadi baik, penyayang dan bertanggungjawab itu. Jika kita mahu memiliki anak yang soleh solehah, baik budi pekerti dan rajin solat, maka perlulah juga kita menjadi serupa itu. Pendek kata apa yang kita inginkan dan yang kita mahu, adalah perlu untuk kita mencermin diri kita terlebih dahulu.
Kini, aku hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk bergelar seorang isteri dan ibu insyaAllah. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki. Masih banyak kelemahan yang perlu aku atasi. Moga aku sentiasa beristiqamah untuk terus perbaiki dan mengatasi kekurangan dan kelemahan aku ini. Aku mempunyai impian sama seperti para-para isteri di luar sana. Tiada diantara kami yang menginkan bahtera perkahwinan yang dibina tidak menemui titik kebahagiaan dunia akhirat.
Bantulah hambamu ini Ya Allah... Kurniakanlah aku peribadi yang baik, sifat yang penyayang dan pemurah, sentiasa menjaga diri dan auratku untuk hanya DIA SUAMIKU, penyenang dan seorang yang mengembirakan, isteri anak ibu rakan dan wanita yang bertanggungjawab, rumahtangga yang aman bahagia, rezeki yang mencurah-curah, kesihatan yang baik dan wanita yang bijaksana dan solehah.
Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:
Post a Comment