Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Sudah Sebulan Lebih Berlalu =)

Assalammualaikum wbt.

Hai hai hai! Di sini saya ingin memperkenalkan diri sebagai Puan Zuraidah Bte Othman iaitu merangkap ISTERI kepada Encik Mohd Faizal Bin Othman. Eh nama bapak sama lah! hahah kalau korang nak tahu bukan setakat nama bapak je sama, ni aku baru tahu nama mak kepada bapak-bapak kitorang iaitu merangkap nama nenek pon sama tau. Dua-dua nama nenek belah bapak kami ialah Nyah. hehehe... jodoh-jodoh :p

Alhamdulillah, dah sebulan lebih sikit (35 hari) kami telah sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah syukur alhamdulillah. Majlis kami berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Walaupon majlis tidak se 'gah' mana, bahang kemeriahan sangat kami rasai. Yelah ini adalah majlis perkahwinan terakhir bagi kedua-dua belah keluarga. Lepas ni turn anak-anak buah pulak. hihihi. 

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Kalau dulu kat profil diri, "bujang single".. tapi sekarang dah carry penggilan baru lak "sudah berkahwin married". heee alhamdulillah.

FYI, kami bernikah pada 27 Dis 2013, majlis sebelah perempuan 28 Dis 2013 dan majlis bertandang pada 29 Dis 2013. Alhamdullilah, kenangan terindah kami bersama. Terima kasih Ya Allah, KAU mendengar segala permohonan doaku agar aku dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk menjadi imamku, sebaik-baik masa dan waktu untuk menjadikan aku sebagai isteri kepada suamiku dan sebaik-baik perancangan yang menjadi titik permulaan kepada episod indahku bersama keluarga sakinah yang bakal kami bina bersama kelak insyaAllah, alhamdulillah.

Semoga hubungan suci yang terjalin antara kami ini akan sentiasa dipayungi rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Ok jom layan sikit gambar-gambar kahwin kitorang. Layan sikit dulu eh, insyaAllah kalau aku rajin, nex time kite sharing lagi. heeee mmuahx!











...AMIN AMIN AMIN...

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, September 5, 2013

Doa dan Impian Setiap Wanita


YA ALLAH...


KURNIAKANLAH AKU SEORANG SUAMI YANG SOLEH...

YANG MENJAGA HATINYA HANYA UNTUK YANG HALAL BAGINYA...

YANG SENTIASA MEMPERBAIKI DIRINYA...

YANG SENTIASA BERUSAHA MENGIKUT SUNNAH RASULLULAH...

YANG BAIK AKHLAKNYA...

YANG MENERIMA AKU APA ADANYA...

YANG MEMBIMBINGKU DENGAN LEMAH LEMBUT...

YANG AKAN MEMBAWAKU MENUJU JANNAHMU YA RABBI...

KABULKANLAH YA ALLAH...AMIN.



BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Monday, August 19, 2013

Santapan Rohani - Prof Dr Muhaya


"Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan utk agama Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat, solat dan pergaulan bayangkan lelaki yang macam mana ingin memperisterikan kita. Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik. Utk dpt jodoh yang baik bukan kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk elak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk ke syurga atau neraka bukan majlis perkahwinan yang cuma satu atau dua hari yang menjadi pandangan manusia sahaja. Para isteri yang ingin berkongsi masalah dan meminta pertolongan sila lihat diri perbetulkan diri kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap. Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu agama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manfaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihat kedegilan kita dengan Allah" 
Prof Dr Muhaya's status.


Assalammualaikum wbt.

Hari ni aku nak share ngan korang Santapan Rohani yang dipetik oleh Profesor Dr Muhaya di dalam facebook beliau baru-baru ini. Terlalu kagum aku kepada puitis nasihat yang digarap oleh Prof Dr untuk tatapan umum. Hati aku bagaikan di palu selepas menghabiskan baris akhir nasihat Prof Dr. itu.

Apa yang dapat aku rungkaikan adalah sebelum kita menilai cara orang lain, perbuatan orang lain dan permikiran orang lain, hendaklah kita terlebih dahulu menilai atau meng'audit diri kita sendiri terlebih dahulu. 

Jika kita mahu memiliki Suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab maka perlulah kita belajar menjadi baik, penyayang dan bertanggungjawab itu. Jika kita mahu memiliki anak yang soleh solehah, baik budi pekerti dan rajin solat, maka perlulah juga kita menjadi serupa itu. Pendek kata apa yang kita inginkan dan yang kita mahu, adalah perlu untuk kita mencermin diri kita terlebih dahulu. 

Kini, aku hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk bergelar seorang isteri dan ibu insyaAllah. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki. Masih banyak kelemahan yang perlu aku atasi. Moga aku sentiasa beristiqamah untuk terus perbaiki dan mengatasi kekurangan dan kelemahan aku ini. Aku mempunyai impian sama seperti para-para isteri di luar sana. Tiada diantara kami yang menginkan bahtera perkahwinan yang dibina tidak menemui titik kebahagiaan dunia akhirat. 

Bantulah hambamu ini Ya Allah... Kurniakanlah aku peribadi yang baik, sifat yang penyayang dan pemurah, sentiasa menjaga diri dan auratku untuk hanya DIA SUAMIKU, penyenang dan seorang yang mengembirakan, isteri anak ibu rakan dan wanita yang bertanggungjawab, rumahtangga yang aman bahagia, rezeki yang mencurah-curah, kesihatan yang baik dan wanita yang bijaksana dan solehah. 
Amin Ya Rabbal Alamin...

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Sunday, May 12, 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah s.w.t

Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Dan sejujur mana kita menerima dirinya...

Jika takdir Allah bahawa jodoh kita bukan dengannya,
kita tetap tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menetapkan bahawa kita akan bersamanya,
Kita tetap akan bertemu jodoh dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar,
Ia akan bertemu pada saat yang tepat, tiada lambat dan cepat.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancanakan,
Dan sebaik-baik yang merancang itu ialah Allah s.w.t. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai,
justeru itulah yang baik bagi kamu,
dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai,
justeru itulah yang tidak baik bagi kamu.
Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 

(Surah Al-Baqarah, ayat 216)


Ya Allah Ya Tuhanku 
Jika dialah jodoh yang telah Kau tetapkan untukku,
maka Kau dekatkanlah dia denganku,
Tetapi jika dia bukan jodoh yang yang terbaik untukku,
maka kau jauhkanlah perasaan kami,
berikanlah kami jalan yang terbaik agar tidak saling menyakiti.
Amin.
(Doa)



Hai korang! Mukadimah aku harini tersangatlah menyentuh jiwa kan. Sebenarnya dah lama aku nak buat entry ini. Nak ikutkan daripada tahun lepas lagi, masa mula-mula aku create Blog nie. Sebab perkara berkaitan "Jodoh ketentuan Allah" ini benar-benar pernah berlaku di dalam episod kehidupan aku. Boleh dikatakan ia adalah jodoh yang tidak kesampaianlah. huhu

Meh aku singkap sedikit kisah lama aku yer. Tapi sikit je tau... tak boleh lebih-lebih sebab umum telah mengetahui bahawa aku telahpun bertunang dan semakin menghampiri ke hari bahagia kami. Nak kene jugak jaga perasaan tunang aku kan, walaupun sebenarnya sehingga ke hari ini dia tak pernah tahu pon yang aku mempunyai Personal Blog! hahaha jaat kan aku nak rahsia-rahsia. Ala tapi aku tahu, suatu hari nanti dia akan tahu jugak kan. Mana mungkin aku berahsia dengan suami kesayangan aku nanti. hoihoi.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini ialah seperti orang lain, aku pon pernah mengalami putus cinta. Kami couple sehingga tujuh tahun lamanya. Tapi tulah sekuat mana kasih sayang antara kami, jika takdir Allah kami tidak dijodohkan bersama... tiada sesiapa yang dapat menentangnya. Kami putus bukan sebab orang ke-3, tapi disebabkan perkara lain yang tidak dapat aku ceritakan. Berat untuk menerima perkara ini, tetapi aku redha. Mungkin Tuhan mahu mempertemukan dia dengan wanita yang jauh lebih baik daripada aku. Mungkin juga jika kami dijodohkan bersama, dia tidak menemui kebahagiaan denganku. Allah yang maha mengetahui. Wallahualam...

Aku sakit dan aku tahu dia pon sama. Tetapi ini telah tersurat. Siapa kita untuk menidakkannya. Walau apa pon yang berlaku aku kene belajar untuk redha. Yelah, putus cinta kan. Sape yang tak merana woi. Hampir setiap malam aku menangis, nak makan tak lalu, nak mandi tak basah. Ye memang betul pon ungkapan tu. Setiap hari selepas balik keje, aku akan terus mandi, solat dan berkurung didalam bilik. Ada dikalangan kawan-kawan dan keluarga slow talk dengan aku cakap tak nak cuba build balik ke hubungan tu. Sayang kot 7 tahun. Tapi ini berkaitan hati dan perasaan aku sendiri. Ia bagaikan telah mati. Memang aku masih sayangkan dia masa tu, tapi untuk kembali memang tidak sama sekali. Hampir setiap hari aku berdukacita, sampailah aku mula rapat dengan tunang aku. huhuhu.

Entahlah, mungkin ini yang dikatakan jodoh kot. Wat kata orang bercinta bagai nak rak dengan orang lain, alih-alih kawin dengan orang lain. Tak pernah aku terfikir yang aku akan melalui saat-saat sukar seperti ini. Dan kalau korang nak tahu, hubungan aku dengan tunang aku ni terlalu mudah sebenarnya. Apa yang berlaku macam dah ikut floor je. Sangat teratur dan tersusun. Malaslah nak citer camne aku kenal dia, camner boleh rapat, camner boleh couple, camner leh tunang, camner leh nak kawin dah. Hahaha :p Tapi cukuplah kalau korang tahu inilah jodoh namanya. Hehehe... aku bahagia kini. Alhamdulillah.


So kat sini aku nak share sikit camne caranya untuk korang survive bile break-up. Ini daripada pengalaman aku sendiri. Korang boleh cedok dan jadikan sumber kekuatan. InsyaAllah :

  1. Please don't give up. Yakin pada Allah yang satu. Dialah yang bijak dalam merencanakan kehidupan kita di dunia ni. 
  2. Selalulah mendekatkan diri dengan-Nya. Allah tidak pernah membenci jika kita pernah leka terhadapnya suatu masa dahulu. Tetapi Allah akan melaknati jika kita terus ego dan tidak menginsafi perbuatan kita yang lalu.
  3. Menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Menangis bukan bererti kita kalah ok, ia boleh dijadikan salah satu terapi kepada hati. Kan orang ada cakap, kalau lepas nangis hati mesti rasa puas. huhu
  4. Hindarilah daripada membuat keputusan yang besar kerana korang masih berada didalam kedukaan dan dipengaruhi emosi.
  5. Penuhi masa terluang dengan berjumpa kawan-kawan ataupun membuat aktiviti bersama keluarga dimana ia dapat membuat korang tersenyum bahkan tertawa riang. Elakkan daripada terus berkurung di dalam bilik dan membuat hal sendiri. 
  6. Perbaiki penampilan diri supaya kita boleh berasa lebih yakin terhadap diri kita. Macam aku, memang transform betul. lalalala...
  7. Makan lah secara tetap dan teratur. Harus diingatkan jangan bila berada disituasi ini, korang menjadi terlebih makan dan terkurang makan pula. Macam aku memang terkurang makan sebab takde selera langsung. Bayangkan berat aku yang daripada 68kg boleh mendadak turun 4kg dalam masa 2 bulan. Tapi memang turun tak sihat lah kan. huhu 
  8. Bersukan. Untuk pengetahuan korang aku start main gym tiga bulan selepas aku break. Bayangkan dalam masa 4 bulan aku maintain buat kardio dan mengangkat beban, berat aku yang daripada 64 turun dengan jayanya ke angka 58. Pehh masa tu nak melaram ape pon seronok! haha Salah satu motivasi diri okk. Dan yang paling penting bersukan menjadikan kita lebih sihat dan cergas.
  9. Kalau boleh jangan delete terus kenangan kita bersamanya. Ni bukan caranya untuk kita melupakan dia. Tak perlu bersifat sekejam itu, kerana dia kan pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu. Adalah lebih baik kita memujuk hati dan perasaan ini untuk terus redha. Jika kita redha akan perpisahan ini, pasti Allah swt akan melorongkan hati kita ke jalan yang lebih baik InsyaALLAH. Tapi kalau dengan memadam terus memori lama tu adalah yang terbaik korang rasa. Jangan ragu-ragu. Just go on :)
  10. Belajarlah untuk memaafkan atas segala apa yang berlaku. Kemaafan itu kan antara perkara yang disukai oleh Allah swt. 
  11. Dan yang last sekali cubalah memberi peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain. Bukan bertujuan untuk mendapatkan pengganti segera, tetapi lebih kepada untuk menghiburkan hati dan untuk mengelakkan kita daripada terus berfikir tentang kenangan lama. Tapi harus diingatkan supaya jangan terdesak sangat ye. Takut berlaku perkara yang tidak diingini pula. Yakin bahawa jodoh kita tu tetap ada. 

**Percayalah kepada keajaiban CINTA. Serahkan pada kuasa Allah yang satu. Siapa, bila dan dimana hanya Allah yang maha mengetahui.**

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^