Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Journey Of Bride To Be : Andaman (Update II)


Hai! Jom kite sambung kelmarin punya cerita yep... Alkesahnya aku dapat butik andaman untuk wedding aku masa aku pergi Pameran Pengantin akhir bulan Jun haritu kat Dataran Pahlawan. Banyak gak butik pengantin masa tu dan aku dah nekad dah, aku mesti pilih satu antara mereka. Dah taknak delay-delay dan survey-survey lagi dah. Masa dah suntuk dah dek non. huhu 




So pilih punya pilih dan discus punya discus finally i made a decision! Weehuu. Boleh dikatakan 90% perkara yang aku highlight ada kat butik ni. Dengan harga yang sememangnya didalam bajet aku, ditambah pula dengan spek-spek yang ditawarkan, iya memang aku puas hati! Dan kalau korang nak tahu juga aku dapat harga promosi tau kerana aku terus bayar booking kat situ. Rezeki, alhamdulillah. Jom tengok apa yang dia provide jom... huhu

  • Sepasang baju bersanding yang baru. (L/P)
  • FOC Sepasang baju nikah yang baru. (L/P)
  • Sepasang baju berarak malam berinai. (L/P)
  • 4x baju persalinan (P)
  • 3x makeup artist 
  • Pelamin dekorasi terkini dalam rumah
  • Dekorasi dalam bilik pengantin
  • Pelbagai aksesori pengantin
  • Kasut ikut tema baju (P)
  • Arch


Harga???

Hahaha biarlah rahsia. Tapi dengan dapat baju sanding yang baru ditambah lagi dapat FOC baju nikah yang juga baru, aku sangat happy. Dah takyah nak pening gi hantar baju nikah kat tailor dah. Cut cost terus! lalalala... Ekh lupa nk kasi tau, tiada transportation cost yang dikenakan walaupon ia diluar Melaka. Happy lagi weehuuu^^
Sape-sape yang nak riki dan nak tahu juga harga promosi yang aku dapat meh sini pm or email aku cepat. InsyaAllah aku bitau... Tak baik dekot-dekot kan :p


Apa nama butik???

Ngehehee... Nama dan alamat butik tu kat sini okkay...

Jimmy Couture,
Fashion Designer & Make-up Artiste,
No. 421, First Floor, Jalan Bandar Senawang 18,
Pusat Bandar Senawang,
70450 Senawang, Negeri Sembilan.
H/P : 017-767 7387.

Facebook Jimmy Couture :
https://www.facebook.com/jimmy.bridal?fref=ts


Jom cuci mata sat tengok hasil kerja Jimmy jom! Sangat memikat hatiku... Ya Allah moga segala perancangan dan impianku ini mendapat keredhaanMu. Amin~















Eh eh ehh ni nak habai mai kepada seluruh bakal-bakal pengantin bulan 10 ni ada pameran pengantin Melaka lagi woi. Kalau korang dah rancang majlis untuk awal tahun depan, mehla singgah sini gi riki-riki. Kalau ada yang berkenan, terus je grab dan bayar booking sebab korang pastinya dapat harga promosi! 

Pihak penganjur pon sangat sporting dan akan membantu korang untuk membuat pemilihan yang tepat. Sebab sebelum pilih Jimmy Couture aku dah tanya abang dan kakak DODE  EVENT dulu, mana butik yang oke. Yang ini personally lah kan, sebab pihak penganjur takkan kondem mana-mana butik kalau tak oke. Diorang cuma akan bagi guideline je kat korang. Setiap butik ada pro's n con's dia kan. Orait korang selamat meriki. Salam.

Facebook Dode Event :



~Hugs~

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Monday, September 2, 2013

Journey Of Bride To Be : Andaman (Update I)


Assalammualaikum w.b.t. 


Andaman? Seriously nilah part paling pening aku nak decide. Dan aku percaya semua bakal-bakal pengantin alami benda yang sama. Aku start survey untuk andaman ni daripada bulan Mei 2013 (7 bulan sebelum majlis).  Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang bulan Mei tu aku gi gegar satu-satu butik  pengantin area Melaka ni. Tapi takde satu pon yang terpaut di hati. Haih

Iyep aku rasa, aku memang sangat cerewet kalau nak memilih dan membuat satu-satu keputusan ni. Tapi tu normal lah kan. Perempuan... haha kan. Dan satu lagi mungkin sebab aku ni jenis praktikal orangnya. Untuk membuat keputusan yang terbaik, aku pasti akan senaraikan kriterianya terlebih dahulu. Nak tahu tak apa tips dan kriteria yang aku dah senaraikan? hehehe...
  • Mesti menepati citarasa diri sendiri. Bukan citarasa orang tua, adik beradik dan kawan-kawan ye. Yang nak kawin kan kite kan. huhu
  • Butik andaman tidak clash tarikh kita dengan pengantin lain. Takut nanti, servis jadi teruk sebab tak cukup kakitangan dan sebagainya.
  • Selesa berinteraksi dengan juruandam atau pemilik andaman. Kalau pengantin ngan mak andam tak sebulu kan ke payah gamaknye.
  • Pakej perkahwinan yang diberikan tu seperti yang kita kehendaki atau tidak. Kalau rasa tak sesuai baik reject awal-awal.
  • Puas hati atau tidak dengan dekorasi pelamin, pakaian dan teknik make up mereka?
  • Bagaimana dengan harga yang ditawarkan? Sesuai ke tidak dengan bajet pengantin? Seeloknya memilih sekadar yang termampu. Jangan berlebih-lebih jika ia hanya sekadar untuk menyedapkan mata para tetamu.
  • Adakah anda kesah jika mak andam itu lelaki atau 'nyah'? Kalau anda jenis mengambil berat akan hal ini, pastikan anda memilih jurumekap yang tepat yer. 
  • Benda paling penting ialah korang mesti rajin survey untuk mendapatkan perkhidmatan butik andaman yang terbaik. Tak kesahlah survey tru facebook, telefon ataupun pergi terus ke butik mereka. 

So antara butik pengantin yang aku dah gi survey sepanjang dua bulan sebelum aku membuat pemilihan terakhir ialah seperti berikut.
  • Butik Andaman Gee Cantek  : Aku tak berkenan dengan pelamin diorang. Tiada kelainan bagi citarasa aku.
  • Lumiere Concept Wedding Planner : Agak mahal sebab dia tiada pakej.
  • Butik Andaman Intan : Servis dan layanan yang diberikan sangat teruk. Tak suka!
  • Astrella Bridal : Pakaian pengantin tidak menepati selera aku. Tapi layanan bagus.
  • Zamrimat Touch Inspired : Clash date dengan pengantin lain. 
  • Saiful Sin Couture : Sngat suka tapi lari bajet lah. hihi aku kan pengantin bajet. wakaka
  • Butik Pengantin Didi : Terlalu menggesa aku untuk bayar deposit. Tak bagi can aku nak survey2 dulu. Haih
  • Hana Zakaria Wedding Planner : Sudah fully booked. 
  • Yann Rifft : Banyak kali dah buat appoinment nak jumpa tapi owner terlalu busy. Selalu outstation. 
  • Mentari Kreatif : Adik dan ramai kawan-kawan aku yang dah guna servis mereka. Inginkan kelainan. hehe
Huhu punyalah cerewet tak cerewet aku nak memilih kan. hehehe so Next time aku update butik mana yang aku pilih untuk majlis perkahwinan aku nanti yer. huhu stay tuned!  :)







~Hugs~

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, August 29, 2013

Journey of Bride To Be : Kursus Pra Perkahwinan


Assalamualaikum.


Para pengantin mesti sedia maklum kan antara prosedur yang wajib korang follow kalau nak kahwin adalah menghadiri kursus pra perkahwinan. Alhamdulillah, tanggal 25 & 26 Mei 2013 yang lepas aku selamat menjalani kursus tersebut.

Tidak seperti pasangan lain, kalau korang nak tahu aku gi kursus tu sorang-sorang hokkay. Takder pon pergi berdua ngan My Tunang. Alkesahnya kerana My Tunang dah gi kursus kahwin tu awal-awal lagi. Sebelum kitorang berkawan, bercinta dan bertunang. huhu. 


Oleh sebab itu, aku terus buang rasa jelus jauh-jauh dengan mereka yang datang berpasang-pasangan ni. Ada aku kesah kalau datang sorang pon? I survived the course! Yang penting aku datang bukan setakat nak dapatkan sijil tu, tapi aku datang dengan niat yang satu iaitu untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin bagi bekalan di alam perkahwinan aku kelak. Yummey! hihihi terus semangat. :p

Okaylah meh aku review sikit about that course yap. 

  • Nama tempat kursus : Pedoman Khusus Enterprise
  • Alamat : B-8/3, Tampin Square 73000 Tampin, Negeri Sembilan.
  • No. Telefon : 06-441 8579
  • Bayaran : RM 80.00
  • Tempoh kursus : 2 hari (Sabtu dan Ahad)
  • Masa : 9pg - 5ptg
  • Tajuk-tajuk modul : Akidah, Ibadah, Akhlak, Hubungan dalam keluarga, Perkahwinan dan Prosedur, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Sumber Keluarga, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Stress dan Konflik, Perkhidmatan Rundingcara di Jaim, Pembubaran Perkahwinan.
  • Makan tengahari dan tempat solat disediakan. Rehat dari pukul 1tghr - 2ptg.
  • Wajib bawa ialah salinan I/C.
  • Dibekalkan buku yang bertajuk "Memasuki Gerbang Perkahwinan" kepada para perserta.

So far best jugaklah masa kursus kahwin harituh. Ustaz dan Ustazah pon sempoi-sempoi jek. Masa kursus kat sini pon, semuanya dipermudahkan. Tiada pon sesi soal jawab melainkan perkongsian maklumat daripada penceramah. Hari ahad pon kitorang dapat perlepasan balik awal 1 jam tau sebab modul dah habis disampaikan. Tempat yang selesa, berhawa dingin, dan peserta pon takdelah ramai sangat. hihi oke cukup sampai sini. Wasalam.



Auhai... aku ade masalah nak rotate picca ni. Dah rotate dulu sebelum upload pon still cengiini jadinye. Maaf la yer. uhu



BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Journey of Bride To Be

Assalammualaikum w.b.t

Hurmmm... bila baca je tajuk post kali ni, hati aku rasa berdebar-debarlah. hihi dan aku tahu perasaan ni bukan aku sorang je boleh dan pernah rasa oke sebab aku yakin boleh dikatakan sape-sape yang nak jadi pengantin mesti rasa benda ni. Hahaha kalau korang rasa apa yang aku rasa moh kite sep sikit! haha tapi kalau ada yang belum pernah merasa dan rasa nak rasa, apa lagi??? uiks :p 

Okaylah... mesti ada yang tertanya-tanya kan napelah aku nak keluar entry tajuk camni? Sebab rasanya dah banyak kali aku mention yang aku tengah dok meroyan bitau yang aku dah nk kahwin dah. hahaha. Update checklist kahwin, update pasal honeymoon, pasal tunang aku dan macam-macam lah. So kalau nak ikutkan kalau aku takyah nak keluar entry camni pon memang dah ramai yang tahu aku ni dah nak kahwin kan. hahaha momomommm

Okaylah korang sebenarnya kan, start daripada entry yang ni aku akan selalu update pasal persediaan ke alam perkahwinan aku dengan tajuk post yang berbunyi seperti ini...

"Journey of Bride To Be: Andaman"
"Journey of Bride To Be: Photographer"
<and so on>

So aku rasa bila aku buat tajuk camni mesti korang akan tahu yang aku akan berkongsi maklumat tentang ape kan. Takdelah istilah merapu dan carca merba lagi. huhu sebab memang jenis aku ni kadang-kadang suke bercerita yang macam dah out of topic. Suka syok feeling sendirik-sendirik. hahaha aku sedau. :P

Selain daripada nak share dengan bakal-bakal pengantin tentang persediaan untuk menjadi pengantin baru ni, cerita-cerita camni bolehlah aku jadikan kenang-kenangan. Manetahu kalau aku panjang umur, bolehlah aku selak balik cerita-cerita lama aku 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 25 tahun, 40 tahun yang lalu...kan. Kalau aku tak panjang umur pon takper, sekurang-kurangnya ada benda yang aku buat yang boleh dijadikan kenangan terindah kepada suami dan anak-anak aku nanti. Kan hehehe :))

 Oke korang sampai sini je key, tapi korang jangan isau... lepas-lepas ni bukan aku asek nak update pasal cerita nak kahwin je... Macam-macam cerita lain pon hade. Kang ade yang unfollow kang. Eh persoalannya adeker yang kaki follow kat sini. wakaka zubex sila jangan nak perasan. Memang nan hado. haha oke bye. Eh sebelum tu jom layan picca bakal pengantin sat. 








p/s Tolong doakan moga segala perancangan kami ini 
berjalan dengan lancar yer korang. Dan doakan kami live happily ever after. Amin.
~Hugs~

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Monday, July 29, 2013

Kalau kita minta, Allah akan bagi

"Kalau kita minta, Allah akan bagi.
Bila, dimana, bagaimana hanya Allah yang maha ketahui.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti."

 

Kadang-kadang aku rasakan yang akulah manusia yang paling beruntung. Memang aku perasan sejak aku kenal apa itu kehidupan, sejak aku faham apa itu keinginan, sejak aku rasa apa itu keperluan,
setiap panji-panji doaku padaNya pasti akan diperkenankan. 


Macam sekarang ni aku rasa susah sangat. Tetapi bukan aku untuk menjaja kesusahan dan kepayahan yang aku alami untuk dikongsikan bersama yang lain. Susahku itu, aku pasti bukan tiada cara untuk mengatasinya. Dan yang lebih aku pasti, susahku itu tidaklah sesusah mereka yang benar-benar berada di dalam kesusahan.. Aku yakin, yang aku hanya perlu terus berusaha dan terus berdoa agar Allah mengizinkan aku keluar dari kepompong kesusahan dan kepayahan ini. 


Nah, berkat semangat kental aku yang tidak pernah berhenti rasa untuk berdoa dan berusaha, hari ini Allah bantu aku untuk mengatasi kesusahan aku itu. Walaupon, apa yang aku minta tidak sebaris dengan apa yang aku kecapi... namun aku tetap bersyukur. Sememangnya Allah dengar keluhan aku, Allah Hu Ya Robbi... terima kasih Ya Allah.  


Pesanku cuma satu, kalau kita minta, yakinlah yang Allah akan bagi. 
Iya Allah akan bagi. =)

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Tuesday, June 11, 2013

Checklist Kahwin-Ku




Entry yang paling excited aku nak buat sekarang ni. Hehe... Checklist Kahwin-Ku ni aku buat sebagai rujukan harian aku dan ini juga sebagai peringatan kepada aku supaya mesti selalu on the track. Sebab kalau korang nak tahu, aku ni kan memang careless betol, mudah lupa, mudah alpa. So memandangkan kahwin ni bukan perkara enteng, maka aku memerlukan persedian daripada segala segi untuk memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan jayanya. kan...Ok takyah sembang lebih.. Moga apa yang dirancang success! InsyaAllah...Jom kita mulakan! Bismillah...


7-10 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Februari-Mei 2013~~
  • Selesai majlis Merisik dan Bertunang.
  • Berbincang dengan tunang tentang rancangan majlis perkahwinan.
  • Menghadiri kursus perkahwinan.
  • Menguruskan bajet perkahwinan.
  • Memilih tarikh untuk bernikah, majlis resepsi dan majlis bertandang.
  • Memiilih lokasi majlis pernikahan dan resepsi.
  • Membuat perbincangan antara kedua-dua belah keluarga.
  • Menganggarkan jumlah jemputan.
  • Merancang aturcara majlis
  • Memilih alat batal air sembahyang. (Cincin, Gelang, Rantai)
  • Memilih juruandam, wedding planner.
  • Memilih photographer.
  • Memilih DJ Karaoke, PA Sistem, kumpulan persembahan.
  • Memilih kek pengantin.
  • Merancang destinasi dan tarikh honeymoon.
  • Merancang tempat tinggal selepas berkahwin.
  • Berbincang barang hantaran.

5-6 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Jun-Julai 2013~~
  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam.
  • Hubungi saksi pernikahan
  • Menetapkan tema majlis.
  • Menempah juruandam @ perunding majlis perkahwinan
  • Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  • Menempah photographer.
  • Menempah DJ Karaoke, PA Sistem,  kumpulan persembahan.
  • Menempah kanopi, meja, kerusi, pinggan mangkuk.
  • Menempah katerer.
  • Menempah kek pengantin.
  • Membeli gelang emas (batal air sembahyang perempuan)
  • Membeli cincin (batal air sembahyang lelaki)
  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
  • Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
  • Buat rawatan muka dan badan.
  • Mula mengambil supplement (Vitamin C & E)
  • Menetapkan destinasi dan tarikh bulan madu.
  • Booking flight jika perlu. (Tengok promosi, booking awal lebih murah)
  • Booking hotel untuk honeymoon.
  • Membeli dan menyediakan cenderahati untuk para tetamu.
  • Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  • Buat sticker dan tagger yang hendak digunakan untuk cenderahati tetamu.

4 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Ogos 2013~~
  • Membeli barang hantaran.
  • Himpunkan senarai tetamu.
  • Pilih dan tempah kad kahwin.
  • Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
  • Menempah set dalam bilik pengantin.
  • Bayar deposit (jika perlu)
  • Membeli aksesori dalam rumah dan bilik pengantin. 

3 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~September 2013~~
  • Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing.
  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  • Sahkan tempahan pakej juruandam.
  • Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  • Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ Karaoke.
  • Sahkan tempahan photographer.
  • Sahkan tempahan kek pengantin.
  • Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  • Menggubah barang hantaran.
  • Buat tempahan untuk melakukan spa.
  • Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  • Mula membungkus cenderahati tetamu.

2 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Oktober 2013~~
  • Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
  • Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
  • Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
  • Cetak aturcara majlis.
  • Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  • Pastikan tempahan andaman, pakaian dan perhiasan untuk majlis.
  • Buat rawatan muka dan badan.

1 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~November 2013~~
  • Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  • Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  • Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  • Buat rawatan muka dan badan. 
  • Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  • Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  • Sediakan hiasan meja.
  • Pastikan cincin dan gelang tangan dalam ukuran yang betul.
  • Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  • Berlatih senyum setiap hari. :))

2-3 Minggu Sebelum Ijab Qabul ~~06.12.2013~~
  • Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
  • Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  • Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  • Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
  • Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
  • Mula kemas beg untuk bulan madu.
  • Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  • Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.
  • Pastikan barangan hantaran telah disiapkan. (kecuali barangan makanan)

1 Minggu Sebelum Ijab Qabul ~~20.12.2013~~
  • Pastikan anda sudah bercuti.
  • Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
  • Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  • Sahkan semua perincian dengan katerer.
  • Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
  • Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  • Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
  • Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  • Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
  • Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
  • Buat raptai untuk majlis resepsi.
  • Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

1 Hari Sebelum Ijab Qabul ~~26.12.2013~~
  • Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
  • Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  • Pakai inai di jari.
  • Rehat dan tidur awal!

Pada Hari Ijab Qabul ~~27.12.2013~~
  • Bangun awal dan mandi sunat.
  • Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  • Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat dan rehat dengan cukup.
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

Pada Hari Majlis Resepsi ~~28.12.2013~~
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

Pada Hari Majlis Bertandang ~~29.12.2013~~
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!




******Tiba-tiba jantung berdegup kencang melihat Checklist Kahwin-Ku ini****** 

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Sunday, May 12, 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah s.w.t

Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Dan sejujur mana kita menerima dirinya...

Jika takdir Allah bahawa jodoh kita bukan dengannya,
kita tetap tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menetapkan bahawa kita akan bersamanya,
Kita tetap akan bertemu jodoh dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar,
Ia akan bertemu pada saat yang tepat, tiada lambat dan cepat.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancanakan,
Dan sebaik-baik yang merancang itu ialah Allah s.w.t. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai,
justeru itulah yang baik bagi kamu,
dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai,
justeru itulah yang tidak baik bagi kamu.
Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 

(Surah Al-Baqarah, ayat 216)


Ya Allah Ya Tuhanku 
Jika dialah jodoh yang telah Kau tetapkan untukku,
maka Kau dekatkanlah dia denganku,
Tetapi jika dia bukan jodoh yang yang terbaik untukku,
maka kau jauhkanlah perasaan kami,
berikanlah kami jalan yang terbaik agar tidak saling menyakiti.
Amin.
(Doa)



Hai korang! Mukadimah aku harini tersangatlah menyentuh jiwa kan. Sebenarnya dah lama aku nak buat entry ini. Nak ikutkan daripada tahun lepas lagi, masa mula-mula aku create Blog nie. Sebab perkara berkaitan "Jodoh ketentuan Allah" ini benar-benar pernah berlaku di dalam episod kehidupan aku. Boleh dikatakan ia adalah jodoh yang tidak kesampaianlah. huhu

Meh aku singkap sedikit kisah lama aku yer. Tapi sikit je tau... tak boleh lebih-lebih sebab umum telah mengetahui bahawa aku telahpun bertunang dan semakin menghampiri ke hari bahagia kami. Nak kene jugak jaga perasaan tunang aku kan, walaupun sebenarnya sehingga ke hari ini dia tak pernah tahu pon yang aku mempunyai Personal Blog! hahaha jaat kan aku nak rahsia-rahsia. Ala tapi aku tahu, suatu hari nanti dia akan tahu jugak kan. Mana mungkin aku berahsia dengan suami kesayangan aku nanti. hoihoi.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini ialah seperti orang lain, aku pon pernah mengalami putus cinta. Kami couple sehingga tujuh tahun lamanya. Tapi tulah sekuat mana kasih sayang antara kami, jika takdir Allah kami tidak dijodohkan bersama... tiada sesiapa yang dapat menentangnya. Kami putus bukan sebab orang ke-3, tapi disebabkan perkara lain yang tidak dapat aku ceritakan. Berat untuk menerima perkara ini, tetapi aku redha. Mungkin Tuhan mahu mempertemukan dia dengan wanita yang jauh lebih baik daripada aku. Mungkin juga jika kami dijodohkan bersama, dia tidak menemui kebahagiaan denganku. Allah yang maha mengetahui. Wallahualam...

Aku sakit dan aku tahu dia pon sama. Tetapi ini telah tersurat. Siapa kita untuk menidakkannya. Walau apa pon yang berlaku aku kene belajar untuk redha. Yelah, putus cinta kan. Sape yang tak merana woi. Hampir setiap malam aku menangis, nak makan tak lalu, nak mandi tak basah. Ye memang betul pon ungkapan tu. Setiap hari selepas balik keje, aku akan terus mandi, solat dan berkurung didalam bilik. Ada dikalangan kawan-kawan dan keluarga slow talk dengan aku cakap tak nak cuba build balik ke hubungan tu. Sayang kot 7 tahun. Tapi ini berkaitan hati dan perasaan aku sendiri. Ia bagaikan telah mati. Memang aku masih sayangkan dia masa tu, tapi untuk kembali memang tidak sama sekali. Hampir setiap hari aku berdukacita, sampailah aku mula rapat dengan tunang aku. huhuhu.

Entahlah, mungkin ini yang dikatakan jodoh kot. Wat kata orang bercinta bagai nak rak dengan orang lain, alih-alih kawin dengan orang lain. Tak pernah aku terfikir yang aku akan melalui saat-saat sukar seperti ini. Dan kalau korang nak tahu, hubungan aku dengan tunang aku ni terlalu mudah sebenarnya. Apa yang berlaku macam dah ikut floor je. Sangat teratur dan tersusun. Malaslah nak citer camne aku kenal dia, camner boleh rapat, camner boleh couple, camner leh tunang, camner leh nak kawin dah. Hahaha :p Tapi cukuplah kalau korang tahu inilah jodoh namanya. Hehehe... aku bahagia kini. Alhamdulillah.


So kat sini aku nak share sikit camne caranya untuk korang survive bile break-up. Ini daripada pengalaman aku sendiri. Korang boleh cedok dan jadikan sumber kekuatan. InsyaAllah :

  1. Please don't give up. Yakin pada Allah yang satu. Dialah yang bijak dalam merencanakan kehidupan kita di dunia ni. 
  2. Selalulah mendekatkan diri dengan-Nya. Allah tidak pernah membenci jika kita pernah leka terhadapnya suatu masa dahulu. Tetapi Allah akan melaknati jika kita terus ego dan tidak menginsafi perbuatan kita yang lalu.
  3. Menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Menangis bukan bererti kita kalah ok, ia boleh dijadikan salah satu terapi kepada hati. Kan orang ada cakap, kalau lepas nangis hati mesti rasa puas. huhu
  4. Hindarilah daripada membuat keputusan yang besar kerana korang masih berada didalam kedukaan dan dipengaruhi emosi.
  5. Penuhi masa terluang dengan berjumpa kawan-kawan ataupun membuat aktiviti bersama keluarga dimana ia dapat membuat korang tersenyum bahkan tertawa riang. Elakkan daripada terus berkurung di dalam bilik dan membuat hal sendiri. 
  6. Perbaiki penampilan diri supaya kita boleh berasa lebih yakin terhadap diri kita. Macam aku, memang transform betul. lalalala...
  7. Makan lah secara tetap dan teratur. Harus diingatkan jangan bila berada disituasi ini, korang menjadi terlebih makan dan terkurang makan pula. Macam aku memang terkurang makan sebab takde selera langsung. Bayangkan berat aku yang daripada 68kg boleh mendadak turun 4kg dalam masa 2 bulan. Tapi memang turun tak sihat lah kan. huhu 
  8. Bersukan. Untuk pengetahuan korang aku start main gym tiga bulan selepas aku break. Bayangkan dalam masa 4 bulan aku maintain buat kardio dan mengangkat beban, berat aku yang daripada 64 turun dengan jayanya ke angka 58. Pehh masa tu nak melaram ape pon seronok! haha Salah satu motivasi diri okk. Dan yang paling penting bersukan menjadikan kita lebih sihat dan cergas.
  9. Kalau boleh jangan delete terus kenangan kita bersamanya. Ni bukan caranya untuk kita melupakan dia. Tak perlu bersifat sekejam itu, kerana dia kan pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu. Adalah lebih baik kita memujuk hati dan perasaan ini untuk terus redha. Jika kita redha akan perpisahan ini, pasti Allah swt akan melorongkan hati kita ke jalan yang lebih baik InsyaALLAH. Tapi kalau dengan memadam terus memori lama tu adalah yang terbaik korang rasa. Jangan ragu-ragu. Just go on :)
  10. Belajarlah untuk memaafkan atas segala apa yang berlaku. Kemaafan itu kan antara perkara yang disukai oleh Allah swt. 
  11. Dan yang last sekali cubalah memberi peluang kepada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain. Bukan bertujuan untuk mendapatkan pengganti segera, tetapi lebih kepada untuk menghiburkan hati dan untuk mengelakkan kita daripada terus berfikir tentang kenangan lama. Tapi harus diingatkan supaya jangan terdesak sangat ye. Takut berlaku perkara yang tidak diingini pula. Yakin bahawa jodoh kita tu tetap ada. 

**Percayalah kepada keajaiban CINTA. Serahkan pada kuasa Allah yang satu. Siapa, bila dan dimana hanya Allah yang maha mengetahui.**

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Wednesday, April 24, 2013

Makan Set Ayam Fast Food Dengan Cara HEALTHY



Hai u-ols pasti terliur tengok gambar diatas ni kan. Pssss nak tanya korang dah try makan KFC Korean Crunch ke weh..? Aku dah makan dah last week ngan tunang tersayang. Sedap tau, sampai menjilat jari. Hahaha tetapi sejak aku dah rajin nak jaga makan @ clean eating nih, aku sangat berhati-hati apabila nak makan fast food nih. Bukan ape, penat tau hampir setiap hari workout dekat gym, pastu makan lak tak jaga. Memang keje sia-sia jelah gamaknya kan. 

Huhu tetapi walaupon aku jaga makan, seminggu or dua minggu sekali pasti aku akan 'cheat day'. Tetapi walaupon ia dipanggil 'cheat day', aku tetap takkan 'loading' makanan banyak-banyak tanpa kawalan. Maklumlah orang 'fitness' lah katekan... ceh haha. So kat sini aku nak share dengan korang bagaimana caranya nak makan Ayam fast food dengan cara masih mengekalkan sifat-sifat healthy-nya. Hah tapi ni utk sape-sape yang nak makan set ayam KFC or MC D je tau... cara nak makan burger secara healthy aku belum jumpa tipsnya lagi. 
Mungkin next post. so apelagi layan.


i.  Pilih bahagian ayam yang baik.

Semua orang tahu ayam adalah salah satu sumber protein yang baik untuk tubuh badan seseorang manusia. Tetapi kene ingat bukan semua bahagian badan ayam adalah baik untuk kita nikmati contohnya seperti thigh (atas peha) dan wing (kepak) kerana di situ terdapat banyak kandungan lemak (Patutlah sodap!). So bahagian terbaik yang boleh aku cadangkan apabila korang hendak nikmati ayam goreng fast food adalah di bahagian chest (dada) dan rid (rangka) kerana disitu terdapat lebih banyak isi yang boleh membekalkan solid protein dan paling kurang lemak serta kurang takungan minyak selepas ia digoreng.  


ii. Pilih perasa ayam dengan tepat.

So, di sini aku nak maklumkan jika korang nak makan ayam fast food better korang pilih yang spicy rather than original. Ini kerana yang spicy tu adalah berempah, dimana makanan berempah ni boleh meningkatkan tahap metabolisma seseorang. Jadi apabila metabolisma seseorang meningkat, tentu mudah untuk kita menurunkan berat badan kan. Hah tak gitew u ols. 
iii.  Buang bahagian yang tidak diperlukan.

Buang bahagian yang tidak diperlukan ni bukan buang isi ayam sebab takut terlebih makan ok, tetapi buang kulit ayam dan kerak tepung yang terdapat pada ayam fast food tersebut. Kandungan kolestrol terlalu tinggi pada kulit ayam. Jadi apakata sebelum makan tu, kita modify dulu ayam kfc tersebut dengan cara membuang kulit dan keraknya dahulu, selepas tu ambil tisu lap sedikit lapisan minyak yang terdapat pada isi ayam kfc tu. Laplah mana yang termampu kerana secara tidak sedar kita telahpun menyingkirkan beberapa puluh kalori jika mengaplikasikan teknik ini. 


iv. Pilih jenis minuman yang lebih baik untuk kesihatan.

Semua sedia maklum, jika kita membeli set ayam fast food, tentu mereka akan membekalkan sekali dengan minuman karbonat seperti Pepsi, Coke, Merinda, Strawberri dll. Jadi lepas ni, sila tukar ok. Pilih air mineral. Nak tukar tu memang ada tambahan cas sedikit kan, tetapi apelah salahnya berbanding kita mempertaruhkan kesihatan dengan mengambil air minuman karbonat tersebut kan.  Air mineral sudah tentu-tentu tiada kalori berbanding minuman karbonat dan minuman manis yang lain kan. Fikir-fikirkan. 


v- Abaikan makanan tambahan yang semestinya tinggi kalori.  

'French fries' ataupun 'wedges' adalah antara makanan tambahan yang dibekalkan sekali apabila kita hendak membeli set ayam fast food. Untuk makluman uols satu kantung kecil french fries bersamaan dengan 405cal. wooo banyak tu! Jadi aku nasihatkan, kalau nak merasa tidak menjadi masalah. Ambil tisu lap-lap 3-4 keping kentang goreng tersebut dan ngap. Bukan satu kerugian menjadi seorang yang cerewet didalam penjagaan makanan. Awok jugak untong! kan... uhu.


Ok tamat sudah. Pasni kalau rasa teringin sangat-sangat nak perkena set ayam goreng Mc D or KFC boleh ikut cara ni eh korang. Bersama-sama kita menjaga pemakanan dan kesihatan. Walaupun dah jaga diet, bersenam perlu buat juga ye. Barulah seimbang gaya hidup kita. Ok bye. Wasalam.

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Tuesday, April 16, 2013

Amalan Gaya Hidup SIhat

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.


Hallu, harini aku teruja nak share dengan korang semua tentang amalan Gaya Hidup Sihat. Bagi aku amalan ni sangat penting dan wajar diamalkan oleh setiap lapisan umur dan masyarakat. Tak kiralah yang tua, yang muda, yang budak... semua diantara kita perlu sihat untuk melalui kehidupan yang harmoni di bumi ini. Cer bayangkan u-ols, kalau kita ni tak sihat, kompom-kompom nak buat tu tak boleh, buat ni tak dapat, pergi sana terbatas, makan ini tak boleh,  dan macam-macam lagilah. Ehhh rugi-rugi. Kan.

Memandangkan sekarang aku sudah mula berjinak-jinak untuk mengamalkan gaya hidup sihat ni, meh aku share pada korang tip-tipnya:

i- Makan makanan yang berzat dan mencukupi.

Makanan berzat merupakan makanan yang mengandungi kandungan nutrien   yang mencukupi yang diperlukan oleh anggota badan seseorang. Pemakanan yang betul dan seimbang penting untuk meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Bijaklah dalam memilih kualiti sesuatu makanan itu.

ii- Amalkan minum air suam.

Kita perlu mengamalkan minum air suam @ mineral dengan kadar mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air suam ini penting untuk membuang ataupun me-nyah toksin yang terkandung di dalam badan seseorang. Air suam juga penting untuk menjaga sistem dalaman manusia, menjaga kecantikan kulit, serta menjaga keseimbangan suhu badan seseorang.

iii- Bersenam.

Bersenam itu penting bagi mengekalkan kehidupan cergas seseorang individu. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, memadai selama 30 minit sahaja jika tiada kelapangan masa. Senaman itu bagus untuk menguatkan jantung dan membantu melancarkan anggota-anggota badan yang lain bagi menjalani kehidupan seharian. 

iv- Kurangkan tekanan. 

Setiap daripada kita memang tidak lepas daripada pelbagai masalah yang boleh memberikan tekanan kerada diri sendiri. Oleh itu belajarlah cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan tersebut agar kita dapat menjalani kehidupan secara harmoni. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan seperti meluangkan masa bersama keluarga, insan tersayang dan teman-teman, melakukan hobi yang diminati, mendekatkan diri kepada Yang Esa bagi semua umat Islam dan bermacam-macam cara lagi. 

v- Menjauhi rokok @ arak.

Umum mengetahui bahawa merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan minuman keras di mana ia boleh merosakkan akidah seseorang. Belajarlah untuk menghargai diri sendiri dan orang disekeliling kita. Merokok misalnya bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri malahan boleh memberikan impak dan kesan yang tidak baik kepada orang sekeliling yang turut menghidu asap rokok tersebut. Sayangilah diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita yang menyayangi kita. 

vi- Menjaga kebersihan.

Kebersihan di sini adalah merangkumi aspek kebersihan diri, keluarga, dan juga persekitaran. Kebersihan adalah penting agar seseorang individu dapat menjalani aktiviti seharian dengan penuh selesa.

Orait u-ols nilah antara tips-tips yang aku amalkan untuk menikmati tahap kesihatan yang baik dan optimum. Kesedaran amatlah penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan sebenar yang sepatutnya dikecapi oleh setiap lapisan masyarakat. Untuk merubah secara drastik adalah sesuatu yang sukar, akan tetapi untuk merubah secara perlahan-lahan adalah lebih bermakna dan yakni berterusan. Sekian. 



Becoming Healthy is the Best Decision I've ever made :) 


BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^