Tuesday, April 16, 2013

Amalan Gaya Hidup SIhat

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.


Hallu, harini aku teruja nak share dengan korang semua tentang amalan Gaya Hidup Sihat. Bagi aku amalan ni sangat penting dan wajar diamalkan oleh setiap lapisan umur dan masyarakat. Tak kiralah yang tua, yang muda, yang budak... semua diantara kita perlu sihat untuk melalui kehidupan yang harmoni di bumi ini. Cer bayangkan u-ols, kalau kita ni tak sihat, kompom-kompom nak buat tu tak boleh, buat ni tak dapat, pergi sana terbatas, makan ini tak boleh,  dan macam-macam lagilah. Ehhh rugi-rugi. Kan.

Memandangkan sekarang aku sudah mula berjinak-jinak untuk mengamalkan gaya hidup sihat ni, meh aku share pada korang tip-tipnya:

i- Makan makanan yang berzat dan mencukupi.

Makanan berzat merupakan makanan yang mengandungi kandungan nutrien   yang mencukupi yang diperlukan oleh anggota badan seseorang. Pemakanan yang betul dan seimbang penting untuk meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Bijaklah dalam memilih kualiti sesuatu makanan itu.

ii- Amalkan minum air suam.

Kita perlu mengamalkan minum air suam @ mineral dengan kadar mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air suam ini penting untuk membuang ataupun me-nyah toksin yang terkandung di dalam badan seseorang. Air suam juga penting untuk menjaga sistem dalaman manusia, menjaga kecantikan kulit, serta menjaga keseimbangan suhu badan seseorang.

iii- Bersenam.

Bersenam itu penting bagi mengekalkan kehidupan cergas seseorang individu. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, memadai selama 30 minit sahaja jika tiada kelapangan masa. Senaman itu bagus untuk menguatkan jantung dan membantu melancarkan anggota-anggota badan yang lain bagi menjalani kehidupan seharian. 

iv- Kurangkan tekanan. 

Setiap daripada kita memang tidak lepas daripada pelbagai masalah yang boleh memberikan tekanan kerada diri sendiri. Oleh itu belajarlah cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan tersebut agar kita dapat menjalani kehidupan secara harmoni. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan seperti meluangkan masa bersama keluarga, insan tersayang dan teman-teman, melakukan hobi yang diminati, mendekatkan diri kepada Yang Esa bagi semua umat Islam dan bermacam-macam cara lagi. 

v- Menjauhi rokok @ arak.

Umum mengetahui bahawa merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan minuman keras di mana ia boleh merosakkan akidah seseorang. Belajarlah untuk menghargai diri sendiri dan orang disekeliling kita. Merokok misalnya bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri malahan boleh memberikan impak dan kesan yang tidak baik kepada orang sekeliling yang turut menghidu asap rokok tersebut. Sayangilah diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita yang menyayangi kita. 

vi- Menjaga kebersihan.

Kebersihan di sini adalah merangkumi aspek kebersihan diri, keluarga, dan juga persekitaran. Kebersihan adalah penting agar seseorang individu dapat menjalani aktiviti seharian dengan penuh selesa.

Orait u-ols nilah antara tips-tips yang aku amalkan untuk menikmati tahap kesihatan yang baik dan optimum. Kesedaran amatlah penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan sebenar yang sepatutnya dikecapi oleh setiap lapisan masyarakat. Untuk merubah secara drastik adalah sesuatu yang sukar, akan tetapi untuk merubah secara perlahan-lahan adalah lebih bermakna dan yakni berterusan. Sekian. 



Becoming Healthy is the Best Decision I've ever made :) 


BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

No comments: