Showing posts with label Istiqamah. Show all posts
Showing posts with label Istiqamah. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Salahkah Aku??



Kadangkala bersikap jujur itu sememangnya akan mengguris perasaan orang lain. Tetapi bukankah lebih baik untuk kita bersikap jujur agar ia tidak lebih menyakitkan hati dan perasaan dia? Bukankah lebih baik untuk kita bersikap jujur agar segala yang terbuku dihati terlerai bagaikan deraian pasir ditiup bayu dipantai...

Makin dekat nak kahwin ni, hatiku bagai berbolak balik. Berfikir itu ini, sini tak kena, sana tak kena. Perasaan was-was yang seringkali menjengah kotak pemikiranku ini membuatkan  aku merasa buntu, sedih, dan pilu.

Adakah semua bakal pengantin akan merasa apa yang aku rasa? Aku rasa stress. Lagi 3 bulan je lagi aku akan diijabkabulkan. Jika ditanya pada perasaanku yang satu ini, sememangnya aku terlalu menyayangi dan mencintai tunangku itu. Tiada yang dua, tiga... hanya dia bertakhta di hatiku ini. Tetapi mengapa aku mengalami perasaan sedemikian ini ya Allah...

Adakah aku berkesempatan untuk bahagia?
Adakah mampu untuk dia setia denganku?
Adakah dia akan bersamaku pada saat-saat susah senangku?
Adakah dia boleh bertanggungjawab sepenuhnya kepadaku sebagai isterinya yang satu?

Syg minta maaf B... bukan niat syg untuk mempersoalkan kewibawaan B sebagai bakal suami syg suatu hari nanti. Terkadang syg cuma menginginkan kata-kata azimat daripada B meyakinkan syg. Terkadang syg cuma menginginkan sedikit daripada kekuatan B untuk menguatkan hati dan perasaan syg.

Maafkan syg andaikata syg telah melukakan perasaan B. Bukan syg tidak yakin, tetapi syg cuma takut andai kepincangan menunggu hari mendatang syg. Salahkah syg andai syg sudah menggariskan kebahagian pada perkahwinan kita nanti? Salahkah syg hanya menginginkan B setia pada syg yang satu? Salahkah syg menginginkan b senantiasa disamping syg disaat susah senang bangun syg ini? Salahkah syg yang mahukan B bertanggungjawab sepenuhnya kepada syg B? Salahkah syg andai syg tamak untuk memiliki B yg mutlak? Salahkah syg untuk bersikap jujur agar B mengerti perasaan syg ini? 

Ya Allah Kau tetapkanlah hatiku ini Ya Allah. Hilangkanlah rasa gulanaku ini. Tetapkanlah keyakinanku kepada dia tunangku bakal suamiku yang satu. Jauhilah aku daripada sifat untuk mendzalimi diriku dan bakal suamiku dimana ia mampu menerbitkan kemurkaanmu Ya Allah ' azza wa jalla. Juga Kau hindarilah kami daripada hasutan syaitan nirrojim. Sesungguhnya aku tahu, perasaanku ini terbit daripada kerakusan syaitan untuk menghalang kami mendirikan masjid kesukaanmu Ya Allah. Bantulah hambamu ini.
 Amen amen amen yarabbal alamen...





~hugs~

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, September 5, 2013

Doa dan Impian Setiap Wanita


YA ALLAH...


KURNIAKANLAH AKU SEORANG SUAMI YANG SOLEH...

YANG MENJAGA HATINYA HANYA UNTUK YANG HALAL BAGINYA...

YANG SENTIASA MEMPERBAIKI DIRINYA...

YANG SENTIASA BERUSAHA MENGIKUT SUNNAH RASULLULAH...

YANG BAIK AKHLAKNYA...

YANG MENERIMA AKU APA ADANYA...

YANG MEMBIMBINGKU DENGAN LEMAH LEMBUT...

YANG AKAN MEMBAWAKU MENUJU JANNAHMU YA RABBI...

KABULKANLAH YA ALLAH...AMIN.



BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Monday, August 19, 2013

Santapan Rohani - Prof Dr Muhaya


"Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan utk agama Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat, solat dan pergaulan bayangkan lelaki yang macam mana ingin memperisterikan kita. Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik. Utk dpt jodoh yang baik bukan kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk elak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk ke syurga atau neraka bukan majlis perkahwinan yang cuma satu atau dua hari yang menjadi pandangan manusia sahaja. Para isteri yang ingin berkongsi masalah dan meminta pertolongan sila lihat diri perbetulkan diri kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap. Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu agama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manfaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihat kedegilan kita dengan Allah" 
Prof Dr Muhaya's status.


Assalammualaikum wbt.

Hari ni aku nak share ngan korang Santapan Rohani yang dipetik oleh Profesor Dr Muhaya di dalam facebook beliau baru-baru ini. Terlalu kagum aku kepada puitis nasihat yang digarap oleh Prof Dr untuk tatapan umum. Hati aku bagaikan di palu selepas menghabiskan baris akhir nasihat Prof Dr. itu.

Apa yang dapat aku rungkaikan adalah sebelum kita menilai cara orang lain, perbuatan orang lain dan permikiran orang lain, hendaklah kita terlebih dahulu menilai atau meng'audit diri kita sendiri terlebih dahulu. 

Jika kita mahu memiliki Suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab maka perlulah kita belajar menjadi baik, penyayang dan bertanggungjawab itu. Jika kita mahu memiliki anak yang soleh solehah, baik budi pekerti dan rajin solat, maka perlulah juga kita menjadi serupa itu. Pendek kata apa yang kita inginkan dan yang kita mahu, adalah perlu untuk kita mencermin diri kita terlebih dahulu. 

Kini, aku hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk bergelar seorang isteri dan ibu insyaAllah. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki. Masih banyak kelemahan yang perlu aku atasi. Moga aku sentiasa beristiqamah untuk terus perbaiki dan mengatasi kekurangan dan kelemahan aku ini. Aku mempunyai impian sama seperti para-para isteri di luar sana. Tiada diantara kami yang menginkan bahtera perkahwinan yang dibina tidak menemui titik kebahagiaan dunia akhirat. 

Bantulah hambamu ini Ya Allah... Kurniakanlah aku peribadi yang baik, sifat yang penyayang dan pemurah, sentiasa menjaga diri dan auratku untuk hanya DIA SUAMIKU, penyenang dan seorang yang mengembirakan, isteri anak ibu rakan dan wanita yang bertanggungjawab, rumahtangga yang aman bahagia, rezeki yang mencurah-curah, kesihatan yang baik dan wanita yang bijaksana dan solehah. 
Amin Ya Rabbal Alamin...

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^