Showing posts with label Our Wedding. Show all posts
Showing posts with label Our Wedding. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Sudah Sebulan Lebih Berlalu =)

Assalammualaikum wbt.

Hai hai hai! Di sini saya ingin memperkenalkan diri sebagai Puan Zuraidah Bte Othman iaitu merangkap ISTERI kepada Encik Mohd Faizal Bin Othman. Eh nama bapak sama lah! hahah kalau korang nak tahu bukan setakat nama bapak je sama, ni aku baru tahu nama mak kepada bapak-bapak kitorang iaitu merangkap nama nenek pon sama tau. Dua-dua nama nenek belah bapak kami ialah Nyah. hehehe... jodoh-jodoh :p

Alhamdulillah, dah sebulan lebih sikit (35 hari) kami telah sah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah syukur alhamdulillah. Majlis kami berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Walaupon majlis tidak se 'gah' mana, bahang kemeriahan sangat kami rasai. Yelah ini adalah majlis perkahwinan terakhir bagi kedua-dua belah keluarga. Lepas ni turn anak-anak buah pulak. hihihi. 

Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Kalau dulu kat profil diri, "bujang single".. tapi sekarang dah carry penggilan baru lak "sudah berkahwin married". heee alhamdulillah.

FYI, kami bernikah pada 27 Dis 2013, majlis sebelah perempuan 28 Dis 2013 dan majlis bertandang pada 29 Dis 2013. Alhamdullilah, kenangan terindah kami bersama. Terima kasih Ya Allah, KAU mendengar segala permohonan doaku agar aku dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk menjadi imamku, sebaik-baik masa dan waktu untuk menjadikan aku sebagai isteri kepada suamiku dan sebaik-baik perancangan yang menjadi titik permulaan kepada episod indahku bersama keluarga sakinah yang bakal kami bina bersama kelak insyaAllah, alhamdulillah.

Semoga hubungan suci yang terjalin antara kami ini akan sentiasa dipayungi rahmatMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Ok jom layan sikit gambar-gambar kahwin kitorang. Layan sikit dulu eh, insyaAllah kalau aku rajin, nex time kite sharing lagi. heeee mmuahx!











...AMIN AMIN AMIN...

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Thursday, August 29, 2013

Journey of Bride To Be

Assalammualaikum w.b.t

Hurmmm... bila baca je tajuk post kali ni, hati aku rasa berdebar-debarlah. hihi dan aku tahu perasaan ni bukan aku sorang je boleh dan pernah rasa oke sebab aku yakin boleh dikatakan sape-sape yang nak jadi pengantin mesti rasa benda ni. Hahaha kalau korang rasa apa yang aku rasa moh kite sep sikit! haha tapi kalau ada yang belum pernah merasa dan rasa nak rasa, apa lagi??? uiks :p 

Okaylah... mesti ada yang tertanya-tanya kan napelah aku nak keluar entry tajuk camni? Sebab rasanya dah banyak kali aku mention yang aku tengah dok meroyan bitau yang aku dah nk kahwin dah. hahaha. Update checklist kahwin, update pasal honeymoon, pasal tunang aku dan macam-macam lah. So kalau nak ikutkan kalau aku takyah nak keluar entry camni pon memang dah ramai yang tahu aku ni dah nak kahwin kan. hahaha momomommm

Okaylah korang sebenarnya kan, start daripada entry yang ni aku akan selalu update pasal persediaan ke alam perkahwinan aku dengan tajuk post yang berbunyi seperti ini...

"Journey of Bride To Be: Andaman"
"Journey of Bride To Be: Photographer"
<and so on>

So aku rasa bila aku buat tajuk camni mesti korang akan tahu yang aku akan berkongsi maklumat tentang ape kan. Takdelah istilah merapu dan carca merba lagi. huhu sebab memang jenis aku ni kadang-kadang suke bercerita yang macam dah out of topic. Suka syok feeling sendirik-sendirik. hahaha aku sedau. :P

Selain daripada nak share dengan bakal-bakal pengantin tentang persediaan untuk menjadi pengantin baru ni, cerita-cerita camni bolehlah aku jadikan kenang-kenangan. Manetahu kalau aku panjang umur, bolehlah aku selak balik cerita-cerita lama aku 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 25 tahun, 40 tahun yang lalu...kan. Kalau aku tak panjang umur pon takper, sekurang-kurangnya ada benda yang aku buat yang boleh dijadikan kenangan terindah kepada suami dan anak-anak aku nanti. Kan hehehe :))

 Oke korang sampai sini je key, tapi korang jangan isau... lepas-lepas ni bukan aku asek nak update pasal cerita nak kahwin je... Macam-macam cerita lain pon hade. Kang ade yang unfollow kang. Eh persoalannya adeker yang kaki follow kat sini. wakaka zubex sila jangan nak perasan. Memang nan hado. haha oke bye. Eh sebelum tu jom layan picca bakal pengantin sat. 








p/s Tolong doakan moga segala perancangan kami ini 
berjalan dengan lancar yer korang. Dan doakan kami live happily ever after. Amin.
~Hugs~

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

Tuesday, June 11, 2013

Checklist Kahwin-Ku




Entry yang paling excited aku nak buat sekarang ni. Hehe... Checklist Kahwin-Ku ni aku buat sebagai rujukan harian aku dan ini juga sebagai peringatan kepada aku supaya mesti selalu on the track. Sebab kalau korang nak tahu, aku ni kan memang careless betol, mudah lupa, mudah alpa. So memandangkan kahwin ni bukan perkara enteng, maka aku memerlukan persedian daripada segala segi untuk memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan jayanya. kan...Ok takyah sembang lebih.. Moga apa yang dirancang success! InsyaAllah...Jom kita mulakan! Bismillah...


7-10 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Februari-Mei 2013~~
  • Selesai majlis Merisik dan Bertunang.
  • Berbincang dengan tunang tentang rancangan majlis perkahwinan.
  • Menghadiri kursus perkahwinan.
  • Menguruskan bajet perkahwinan.
  • Memilih tarikh untuk bernikah, majlis resepsi dan majlis bertandang.
  • Memiilih lokasi majlis pernikahan dan resepsi.
  • Membuat perbincangan antara kedua-dua belah keluarga.
  • Menganggarkan jumlah jemputan.
  • Merancang aturcara majlis
  • Memilih alat batal air sembahyang. (Cincin, Gelang, Rantai)
  • Memilih juruandam, wedding planner.
  • Memilih photographer.
  • Memilih DJ Karaoke, PA Sistem, kumpulan persembahan.
  • Memilih kek pengantin.
  • Merancang destinasi dan tarikh honeymoon.
  • Merancang tempat tinggal selepas berkahwin.
  • Berbincang barang hantaran.

5-6 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Jun-Julai 2013~~
  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam.
  • Hubungi saksi pernikahan
  • Menetapkan tema majlis.
  • Menempah juruandam @ perunding majlis perkahwinan
  • Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  • Menempah photographer.
  • Menempah DJ Karaoke, PA Sistem,  kumpulan persembahan.
  • Menempah kanopi, meja, kerusi, pinggan mangkuk.
  • Menempah katerer.
  • Menempah kek pengantin.
  • Membeli gelang emas (batal air sembahyang perempuan)
  • Membeli cincin (batal air sembahyang lelaki)
  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
  • Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
  • Buat rawatan muka dan badan.
  • Mula mengambil supplement (Vitamin C & E)
  • Menetapkan destinasi dan tarikh bulan madu.
  • Booking flight jika perlu. (Tengok promosi, booking awal lebih murah)
  • Booking hotel untuk honeymoon.
  • Membeli dan menyediakan cenderahati untuk para tetamu.
  • Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  • Buat sticker dan tagger yang hendak digunakan untuk cenderahati tetamu.

4 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Ogos 2013~~
  • Membeli barang hantaran.
  • Himpunkan senarai tetamu.
  • Pilih dan tempah kad kahwin.
  • Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
  • Menempah set dalam bilik pengantin.
  • Bayar deposit (jika perlu)
  • Membeli aksesori dalam rumah dan bilik pengantin. 

3 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~September 2013~~
  • Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing.
  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  • Sahkan tempahan pakej juruandam.
  • Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  • Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ Karaoke.
  • Sahkan tempahan photographer.
  • Sahkan tempahan kek pengantin.
  • Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  • Menggubah barang hantaran.
  • Buat tempahan untuk melakukan spa.
  • Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  • Mula membungkus cenderahati tetamu.

2 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~Oktober 2013~~
  • Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
  • Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
  • Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.
  • Cetak aturcara majlis.
  • Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  • Pastikan tempahan andaman, pakaian dan perhiasan untuk majlis.
  • Buat rawatan muka dan badan.

1 Bulan Sebelum Ijab Qabul ~~November 2013~~
  • Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  • Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  • Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  • Buat rawatan muka dan badan. 
  • Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  • Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  • Sediakan hiasan meja.
  • Pastikan cincin dan gelang tangan dalam ukuran yang betul.
  • Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  • Berlatih senyum setiap hari. :))

2-3 Minggu Sebelum Ijab Qabul ~~06.12.2013~~
  • Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
  • Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  • Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  • Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
  • Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
  • Mula kemas beg untuk bulan madu.
  • Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  • Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.
  • Pastikan barangan hantaran telah disiapkan. (kecuali barangan makanan)

1 Minggu Sebelum Ijab Qabul ~~20.12.2013~~
  • Pastikan anda sudah bercuti.
  • Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
  • Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  • Sahkan semua perincian dengan katerer.
  • Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
  • Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  • Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
  • Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  • Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
  • Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
  • Buat raptai untuk majlis resepsi.
  • Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

1 Hari Sebelum Ijab Qabul ~~26.12.2013~~
  • Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
  • Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  • Pakai inai di jari.
  • Rehat dan tidur awal!

Pada Hari Ijab Qabul ~~27.12.2013~~
  • Bangun awal dan mandi sunat.
  • Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  • Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat dan rehat dengan cukup.
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

Pada Hari Majlis Resepsi ~~28.12.2013~~
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

Pada Hari Majlis Bertandang ~~29.12.2013~~
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!




******Tiba-tiba jantung berdegup kencang melihat Checklist Kahwin-Ku ini****** 

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^