Makan Set Ayam Fast Food Dengan Cara HEALTHY
Hai u-ols pasti terliur tengok gambar diatas ni kan. Pssss nak tanya korang dah try makan KFC Korean Crunch ke weh..? Aku dah makan dah last week ngan tunang tersayang. Sedap tau, sampai menjilat jari. Hahaha tetapi sejak aku dah rajin nak jaga makan @ clean eating nih, aku sangat berhati-hati apabila nak makan fast food nih. Bukan ape, penat tau hampir setiap hari workout dekat gym, pastu makan lak tak jaga. Memang keje sia-sia jelah gamaknya kan.
Huhu tetapi walaupon aku jaga makan, seminggu or dua minggu sekali pasti aku akan 'cheat day'. Tetapi walaupon ia dipanggil 'cheat day', aku tetap takkan 'loading' makanan banyak-banyak tanpa kawalan. Maklumlah orang 'fitness' lah katekan... ceh haha. So kat sini aku nak share dengan korang bagaimana caranya nak makan Ayam fast food dengan cara masih mengekalkan sifat-sifat healthy-nya. Hah tapi ni utk sape-sape yang nak makan set ayam KFC or MC D je tau... cara nak makan burger secara healthy aku belum jumpa tipsnya lagi.
Mungkin next post. so apelagi layan.
i. Pilih bahagian ayam yang baik.
Semua orang tahu ayam adalah salah satu sumber protein yang baik untuk tubuh badan seseorang manusia. Tetapi kene ingat bukan semua bahagian badan ayam adalah baik untuk kita nikmati contohnya seperti thigh (atas peha) dan wing (kepak) kerana di situ terdapat banyak kandungan lemak (Patutlah sodap!). So bahagian terbaik yang boleh aku cadangkan apabila korang hendak nikmati ayam goreng fast food adalah di bahagian chest (dada) dan rid (rangka) kerana disitu terdapat lebih banyak isi yang boleh membekalkan solid protein dan paling kurang lemak serta kurang takungan minyak selepas ia digoreng.
ii. Pilih perasa ayam dengan tepat.
So, di sini aku nak maklumkan jika korang nak makan ayam fast food better korang pilih yang spicy rather than original. Ini kerana yang spicy tu adalah berempah, dimana makanan berempah ni boleh meningkatkan tahap metabolisma seseorang. Jadi apabila metabolisma seseorang meningkat, tentu mudah untuk kita menurunkan berat badan kan. Hah tak gitew u ols.
iii. Buang bahagian yang tidak diperlukan.
Buang bahagian yang tidak diperlukan ni bukan buang isi ayam sebab takut terlebih makan ok, tetapi buang kulit ayam dan kerak tepung yang terdapat pada ayam fast food tersebut. Kandungan kolestrol terlalu tinggi pada kulit ayam. Jadi apakata sebelum makan tu, kita modify dulu ayam kfc tersebut dengan cara membuang kulit dan keraknya dahulu, selepas tu ambil tisu lap sedikit lapisan minyak yang terdapat pada isi ayam kfc tu. Laplah mana yang termampu kerana secara tidak sedar kita telahpun menyingkirkan beberapa puluh kalori jika mengaplikasikan teknik ini.
iv. Pilih jenis minuman yang lebih baik untuk kesihatan.
Semua sedia maklum, jika kita membeli set ayam fast food, tentu mereka akan membekalkan sekali dengan minuman karbonat seperti Pepsi, Coke, Merinda, Strawberri dll. Jadi lepas ni, sila tukar ok. Pilih air mineral. Nak tukar tu memang ada tambahan cas sedikit kan, tetapi apelah salahnya berbanding kita mempertaruhkan kesihatan dengan mengambil air minuman karbonat tersebut kan. Air mineral sudah tentu-tentu tiada kalori berbanding minuman karbonat dan minuman manis yang lain kan. Fikir-fikirkan.
v- Abaikan makanan tambahan yang semestinya tinggi kalori.
'French fries' ataupun 'wedges' adalah antara makanan tambahan yang dibekalkan sekali apabila kita hendak membeli set ayam fast food. Untuk makluman uols satu kantung kecil french fries bersamaan dengan 405cal. wooo banyak tu! Jadi aku nasihatkan, kalau nak merasa tidak menjadi masalah. Ambil tisu lap-lap 3-4 keping kentang goreng tersebut dan ngap. Bukan satu kerugian menjadi seorang yang cerewet didalam penjagaan makanan. Awok jugak untong! kan... uhu.
Ok tamat sudah. Pasni kalau rasa teringin sangat-sangat nak perkena set ayam goreng Mc D or KFC boleh ikut cara ni eh korang. Bersama-sama kita menjaga pemakanan dan kesihatan. Walaupun dah jaga diet, bersenam perlu buat juga ye. Barulah seimbang gaya hidup kita. Ok bye. Wasalam.
BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^
1 comment:
Bagus gak cara nk mkn ayam di fast food...tp ayam kfc mmg sedap sgttt...xsanggup nk bunag kulit...huhu....klu sebelum mkn xcercise habis2 tok kalori kite mkn boley tak?
Post a Comment