Friday, May 10, 2013

Honeymoon Plan!

MasyaAllah masyaAllah masyaAllah melampau nau Entry aku kali nih. hahaha. Ni dasar anak Pak Seman yang dah gatal nak kawin lah ni. Ampunkan aku noks. Kepada mereka yang dah tau or yang baru nak tau, aku memang belum kawin dan nikah lagi. Tapi-tapi-tapi aku is tunangan orang dah. huhu silalah dukacita para lelaki sekalian. "eHHH pehal nak over nau ayattt...ingat bajet hot ke ko Zubex!" : Ungkapan daripada si polan dan si polan kepada si polan bajet hot. Aku letu!  Ngee... 

Hahahah tapi InsyaAllah aku dah semakin menghampiri ke "perkara" itu. Sangatlah berada didalam keadaan yang agak kepeningan sekarang. Yelah, tunang aku baru comfirm date 2 minggu lepas. Tu pon lepas aku berkali-kali desak, cepat comfirm date-cepat comfirm date. Macam desperate nau! Tapi aku faham nape dia lambat nk comfirm date, sebab masa keje dia tak sama macam aku. Kena cari date yang betul-betul sesuai. Takpe syg faham B...ayat jek. hihihi dan oleh kerana mungkin agak kelemasan jugak melayan desakan aku, maka dia pon bagilah tarikh yang tunggal untuk kami diijabkabulkan.  Phewww masa dia dah bagi date tu kan, hanya Allah SWT je yang tahu camne ngan perasaan aku masa tu. Yelah nak kawin kau! Bukan enteng-enteng. Banyak benda yang nak difikirkan daripada persiapan sebelum berkahwin sehinggalah ke persiapan dan persedian selepas berkahwin. Nak uruskan suami, nak uruskan anak-anak-anak-anak-anak (hah cukuplah lah tu :p), nak uruskan rumah, nak masak, nak uruskan kewangan, uruskan keperluan mereka, uruskan aku lagi, itu, ini, sana, sini, depan, belakang...ehh dan macam-macam lagilah. Oh bukan perkara mudah ok. huhu bersediakah aku??? hehehe senyum. 

Dan korang nak tau, lepas je dapat date tu kan aku just control machoh jek. Just cakap ngan tunang aku, ok comfirm eh B? Ok nanti syg cakap dengan mak, n B cakap ngan mak B jugak k. Ok... borak sikit-sikit pasal benda lain lak. Ok bye B, luv u B, tau... Papp! letak tepon dengan cara berkhemah pastu ape lagi.... senyum sampai nampak gusi dan dibawakkan sampai ke telinga! Omak aiiii suka lain macam! Amik pen ngan diary n terus sematkan tarikh itu. Dalam otak korang mesti pikir aku terus wat listing untuk persiapan kawin kan. huhu

Tapi malangnya dalam otak aku lak terus melayang nak "HONEYMOON" mane??? Ehhh boleh ekh! hahahah bengong punye zubex! Yang tu bukan dalam bidang kuasa aku lah untuk control apa yang aku pikir kan...dah tu yang terkeluar daripada kotak fikiran aku nak wat cane. Hah tp jangan pikir aku gatal nau tau...walaupon memang iye. :p Tapi sebenarnya kan aku pikir honeymoon sebab nak dijadikan pembakar semangat untuk membuat persediaan perkahwinan kami. Bukan ape, masa honeymoon tu comfirm-comfirm kami dah sah sebagai suami isteri kan. Dah lepas segala majlis gilang gemilang kami, lepas segala kepeningan dan lepas segala kesesakan tuk mengumpul duit kawin. kan. Dan masa tulah untuk kami pergi bercuti bersama. Jalan-jalan tempat orang bersama. Bercengkerama dibawah bulan purnama bersama. Eh pendek kata memang semua bersama lah! Ok excited! huhu Yang paling penting masa tulah masanya untuk kami lebih mengenali diri masing-masing...kenal-sekenal-kenalnya...sayang-sesayang-sayangnya. hihihi. Malu.

Oleh sebab itu, maka keluarlah entry ini. Hah amik kau mukadimahnya. tak menahan panjang lebau. hahaha sila baca dengan sabar yer noks. Tu pon kalau nak teruskan pembacaan. Harus diingatkan bahawa aku tidak memaksa. Wah! Ok sambung. Dalam tempoh tu, aku sebok google mana-mana blog bulan madu para blogger. Dalam Malaysia, luar Malaysia... Eh memang banyak tempat-tempat yang best lah. Lebih seminggu gak aku buat keje-keje tambahan di office dengan search tentang itu dan tup tap ada satu hari tu adik aku Ain what's up cakap Air Asia ngah wat promo sekarang. Ehh macam tahu-tahulak yang aku ngah buat plan nak honeymoon. Omak oiii memang suka giler lah kan. Time nilah aku nak rembat tiket honeymoon trip kami. Yippiiee!!! 

Aku terus search tiket dan tempatnya, dan perancangan terus laju diusul kepada tunanganku. Selepas di jek-jek maka tunangku yang tersayang pon approve! Yeahhh... suka bukan kepalang okk... ala sape tak suka kan gi honeymoon? wekkk.. hahaha. Esoknya aku terus laju jalankan tanggungjawabku untuk booking flight kami. Dan result-nya adalah seperti berikut:



Kami dapat tiket flight yang agak murah gak ni. Sorang just RM288 je. Tu pon sebab dah include makanan kami atas flight masa pergi (RM24.00), baggage pergi balik 15kg(RM70.00) , Insurans (RM46.00-Penting sebab gi oversea kan huhu), bayaran seat (RM24.00). So tanpa bayaran-bayaran tambahan ni, sebenarnya tiket flight kami termasuk tax dan servis, pergi balik hanyalah RM206.00. Peh murah-murah! hihihi Thanks Air Asia!!

Flight tickets were booked! Yeahhh :D

Ops sorry noks, aku rasa belum masanya untuk aku bagitahu umum yang kitorang nak honeymoon ke mana. Cukup jelah aku bitau dulu yang aku dah pon booking tiket flight kitorang. Huhu dan sekarang aku ngah busy google tempat penginapan pula. Dah jumpa dah... through www.agoda.com Cuma aku belum buat pembayaran sebab nak tunggu dalam tempoh sebulan dua ni manatahu ada promosi kaw-kaw jugak kan. haha. Sangat berjimat cermat ko zubex. Untong suami kau dapat isteri kuat berjimat. Hahaha persoalannya adakah aku daripada jenis yang berjimat cermat. Tu tunggu bakal Laki aku komen pas kawin nanti lah. hahaha. 





"Ya Allah, padamu kami bermohon agar segala perancangan ini dapat berjalan dengan lancar. Moga Kau permudahkan hubungan yang ingin kami bina ini, dan izinkan kami untuk menjalankan ibadah dan sunnah-Mu dengan sebaiknya Ya Allah. Sesunguhnya Kau lah sebaik-baik perancang di dunia dan akhirat nanti. 
Amin Yarabbalalamin. 

"Hopefully, it will be an unforgettable honeymoon, InsyaAllah." :)

Bye noks! 

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

No comments: