Di sebalik Birthday Adam Mukri :)
Hai saje nak bercerita pasal aktiviti family aku malam sabtu yang lepas. Huhu kitorang sambut birthday Adam Mukri, iaitu anak abang lang aku. Tahun ni Adam sambut birthday yang ke 5 tahun.! Dah jadi big boy sekarang... dan makin nakal! Hihihi tapi biasalah budak-budak, kalau tak nakal tak teruja lah nak menjaganya kan.
Kak lang aka kakak ipar aku decide nak celebrate birthday anak lelaki tunggal diorang (wat masa ni lah tunggal, tahun depan tak tahuler) dekat restoran ikan bakar Nelayan, Kuala Sungai Baru. Kira okeylah sebab kak lang tempah terus dewan makan dia yang boleh muat sehingga 100 orang. Selain daripada makanan, diorang juga sediakan PA System untuk kemudahan kami mengadakan aktiviti.
Ok Jom layan gambar malam tu cepat-cepat jom. Sebab aku rasa ade benda lain yang aku nak kongsikan dengan korang. Kisah dimana segalanya bermula di sini. Apekebenda??? Hahaha sabau oke sabau. Layan gambar-gambar ni dulu. :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oke jom sambung apekah cerita disebaliknya besday ank buah aku si Adam ni. Tau, mesti masing-masing tak sabau kan (Erk, ke aku yang tak sabau ni? haha) Alkesahnya begini...Huhu bila sambut birthday Adam ni, tetiba otak aku teringat balik kenangan setahun yang lalu. Detik-detik yang mula merapatkan hubungan aku dengan tunang ~ Mohd Faizal Othman (La kesah tunang ker? takdelah benda lain si zubex ni nk cerita. haha maap ler, kalau nak baca sila teruskan, kalau tak nak sila baca jugak. hahaha :p )
Yalah ramai dah tahu, kitorang memang kawan lama dari sekolah rendah tapi hubungan kami tak pernah rapat pon. Setakat bertegur sapa di FB n berborak masa reunion jelah. Lebih-lebih memang tak pernah sebab kitorang memang setakat kawan lama jek masa tuh.
Alkesahnya begini ::::: Aku ingat lagi masa tu aku baru je break up ngan ex-boyfriend aku. Kitorang break up through phone je. Masa tu sabtu, 23.06.2012. Huh dah kata pon putus cinta kan, memang lah nangis tak hingat dunia. 7 tahun ko. mahu tak meroyan sekejap. huhu sampai-sampai umah jek, rumah kosong pastu aku terus sambung nangis dalam bilik, dalam toilet, dalam bilik balik... Kebetulan masa tu rumah abg lang ada buat birthday party Adam yang ke 4 tahun.. Dengan mata yang bengkak, aku rasa macam tak nak pergi je... tapi tak pergi kang ape lak family aku fikir kan. So nak tak nak start enjin kereta n gi lah umah abg lang.
Sampai-sampai jek aku terus lepak ngan anak-anak buah aku kat port basuh pinggan. Diorang pasan mata aku bengkak tapi takde sorang pon tegur. huhu tengah dok busy-busy basuh pinggan, ada sorang makcik yang cun melecun tegur aku...
Mak cik bakal mak mertua: "Eh awak ni kawan anak mak cik kan Faizal?"
Aku bakal menantu: Dengan konfiden-nye, "ehhh tak lah mak cik saya takde kawan nama Faizal."
Mak cik bakal mak mertua: "Ehh betul, awak kan kawan dengan anak mak cik Faizal..."
Aku bakal menantu: Bertambah-tambah kofiden lagi, "betol mak cik saya takder kawan nama Faizal" sambil otak aku pikir laju-laju siapakah makcik ini, dan siapakah Faizal yg dimaksudkan.
Mak cik bakal mak mertua : Eh kan awak pernah datang beraya dengan kawan-kawan yang lain ke rumah makcik 2 tahun lepas...?
Aku bakal menantu: Erk, dalam hati aku dok berkata-kata "bila masa plak ni? Hadoi mak cik ni"
Mak cik bakal mak mertua : Anak makcik Faizal Othman la...
Aku bakal menantu: OOOOHHHHHHH okay mak cik ok, oh pejal rupanya. hahaha mintak maaf la mak cik, saya lupa ada kawan nama Faizal. Aduhh malu aku malu !@#$%^&*(
Mak cik bakal mak mertua : Hah ingat pon. Tulah mak cik ingat muka awak.... hehehe ok ok takper :)
Hehehe segalanya bermula di sini. I love that moments... Tak sangka, macam ni caranya Allah berikan jodoh kepadaku. Amin Ya ALLAH, amin. :)
BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^
No comments:
Post a Comment