Banyak sangat peluang yg Allah beri dan rezeki yg Allah curahkan. Tetapi manusia selalu leka & alpa. Apa yg nak dikejar? Apa yg nak dicari? Tak cukup Allah beri yang itu, nak yang ini, dah dapat yg ini nak pula yg sana. Tapi kadang-kadang kita dapat semua tu tanpa prejudis drpd Allah S.W.T. Cuma apa yg Allah hendak, yang Allah suruh kita tak nak beri, kita tak nak buat.
Sesungguhnya akulah manusia yang selalu leka dan alpa itu, akulah manusia yang nak itu, nak ini dan nak yg sana tanpa pernah puas. Akulah manusia yang tidak mahu buat apa yang Allah hendak dan yg Allah suruh. Akulah manusia yang tidak pernah bersyukur akan semua peluang dan rezeki yang telah Allah berikan. Terlalu kerdil dan hinanya aku padamu Ya Allah.

Namun alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih terkelumit sedikit kesedaran di dalam hatiku ini. Sejauh mana aku berlari di dalam kemegahan duniawi ni, alhamdulillah Allah berikanku ranjau dan duri agar aku tersadung jatuh kesakitan, lalu dibangunkan aku dengan penuh rasa sakit keinsafan. Semoga jatuh bangunku hanya padamu Ya Allah hu Ya Robbi...
Ramadhan kali ini benar-benar menguji aku sebagai musliminnya. Jika Ramadan sebelum ini aku terlalu leka dan alpa, aku lupa akan tuntutan ibadah kepada-Nya. Alhamdulillah, aku diberikan sedikit kesedaran jiwa dan nurani. Moga Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosaku yang lalu.
Terima kasih Ya Allah kerana Kau titipkan ruang taubat kepadaku. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Moga Kau menerima taubatku ini, dan golongkan aku menjadi sebahagian daripada ahli syurgamu Ya Allah. Amin ya robbal alamin...
Semoga Ramadhan kali ini aku tidak rugi lagi...
Semoga Ramadhan kali ini aku tidak rugi lagi...
No comments:
Post a Comment