Thursday, May 16, 2013

Sakit Hati + Geram



Yer memang aku tengah sakit hati + geram sekarang ni. Kenape ekh lelaki nie kalau tak buat orang pempuan sakit hati memang tak sah kan. Haihhhh. Geram tahu x! Aku bukan nak ape sangat dalam satu-satu hubungan pon, cukup kalau masing-masing ada sifat give and take. Hah cukup sangat. 

Korang bayangkanlah, tunang aku tu dah la keje shift. Dan korang paham sangat orang keje shift camne kan (Faham bagi sesiapa yang ade pengalaman lah). Bila kerja tu, masa memang limit sangat nak bermesra-mesra. Ala bukan mesra TETTTTT tu... haih belum sah ok. Ni dengan kata lainnya nak bergayut phone lah kan, berborak-borak. Kalau dah keje memang tak dan nak jumpa pon, terpaksalah tunggu cuti. Tu pon bukannya jumpa setiap kali cuti pon. Rasanya sebulan tu adelah 2-3 kali je jumpa. Walaupon rumah dekat x sampai 10km tetap macam jauh ok. 

Tapi kan aku tak kesah sangat pon tak jumpa, malah tak kesah pon tak dapat nak gayut sangat bila dia keje. Aku paham-paham dan paham. Titik. Cukup kalau satu hari tu dapat berbalas sms 3-4 kali untuk tanya khabar n say i luv u, luv u 2.  Ehh susah tau nak dapat pempuan cam aku yang sangat memahami ni (Eh terpuji diri sendiri lak. week.) Eh tapi memang betullah, dapat kat pempuan lain, memang lah dia pasang spare tyre tau. Alasan bosan. Tapi aku memang tahu diri aku, watpe nak pasang 2-3 orang kalau hati kita da memang sayang kat seseorang tu kan. Sebab tu tak pernah timbul perasaan bosan dan bla-bla-bla pon. Malah makin hari mesti makin sayang.

Itu ceritanya kalau tunang aku keje. Tapi kalau time dia rest day, jangan harap dia nak rest sangat lah kan. Aku akan menjadi seorang penakluk yang hakiki. Haha. Yelah cuba korang fikir ekh, tunang aku ni keje 4 hari, cuti 2 hari. Bayangkan dalam tempoh 4 hari dia keje tu aku tak dapat nak meluahkan perasaan ataupon keadaan aku yang tak ok ke ok ke sebab tak nak ganggu dia keje. Kenalah tunggu sampai dia cuti baru dapat nak cerita bla-bla-bla. Pasal keje, pasal gi gym, pasal kene ngorat, pasal wedding lagi... huh. 

Jadi masa dia cuti 2 hari tu, mestilah dimanfaatkan sebaiknya. Kadang-kadang aku tengok tunang aku ni layan je rentak aku. Tapi kadang-kadang dia buat je ikut kepala dia je. Macam malam semalam ekh, aku call-call tak angkat dalam kul 10 malam. Padahal dia cuti. Eh sakit hati aku ni. Pastu geram-geram-geram sampai tertidur. Kul 3 pagi aku tersedar, aku call lagi dan dia tak angkat-angkat jugak. Aku tau yang dia memang tak tidur lagi. Aku faham sangat mesti dia ngah lepak ngeteh ngan kawan-kawan sambil tengok bola. Kaki bola dia tu. Kaki betol. Dan aku memang tahu port dia. Kira kalau nak serbu memang anytime. haha. Lebih lima kali aku call tak jugak angkat-angkat, ape lagi aku pon sms lah berbaur bengang gitu. Tak jugak reply. Eh geram ni geram. Pastu aku online lah FB jap pastu tetiba kawan dia merangkap kawan aku jugak tag gambar kat aku. Nak tahu gambar ape??? Sila scroll bawah ye. Jangan malas-malas. :p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Peh dia gi berendam kat kolam Air Panas Gadek rupanya. Bila tengok tu, sejuk sikit hati aku, yelah bukanlah dia pergi menggatal ngan pempuan lain pon kan (aku tahu dia takkan buat camtu ngan aku, dia jujur sangat ok. Terpuji lak haha)


Tapi bila fikir yang dia tak bitau aku pon nak pergi sana, maka aku terus tambah geram ngan sakit hati. Sampai je umah dia terus call aku, memang aku sedar tapi aku tak nak angkat. Dan harini sepanjang kerja di office pon dia ada call. Tapi sorry ye B, tak nak angkat jugak. Ish kadang-kadang tu memang rasa unfair tau. Aku ni nak pergi mana punyalah bitau dari A sampai Z. Dia ni kadang-kadang bitau kadang-kadang taknak bitau. Bukannya lepas bitau aku tak kasi pergi pon. Haih... B ohhh B...
Hem dah lah ini sajelah kisah sakit hati dan geram aku pada hari ni.


note.: Aku tahu malam kang mesti kitorang baik balik. Bukan reti aku ni nak majuk lama-lama ngan tunang tersayang aku ni. Apesal ntah... haih. Tapi kalu B terbaca entry aku ni tolonglah ubah sikap tu k. Syg bukan nak ape sangat pon. Janji give and take. Pi mana-mana mesti bagitahu. Yang penting kalau cuti tolong jangan malas-malas nak pick up call. Even tengah berrrr&*^ tau b.
Ok B... luv u sgt... Bye!

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

No comments: