Wednesday, May 22, 2013

Trip Ke Bukit Broga



Hew... Hew... harini aku semangat nak up aktiviti hujung minggu aku yang lepas. Apa kata aku tak yah story morry panjang lebar sangat, apa kata korang layan je gambar-gambar aku sepanjang berada disana. At d same time, aku bagilah sedikit penerangan. Padat dan ringkas. Barulah mantop kan. haha ok sila-sila :)



Kitorang start mendaki lebih kurang pukul 7.30 pagi. Planning nak naik pukul 6 pagi tapi aku boleh terlajak bangun. Berangin kawan-kawan aku... dahla mastermind nye aku, aku gak yg bikin spoil. Adoiii sorry korang! :) Hah kalau refer kat signboard tu jarak ke Bukit Broga ialah 1.7km iaitu lebih kurang 1jam perjalanan, manakala jika diteruskan sejauh 4.8km maka sampailah kitorang ke Gunung Tok Wan iaitu dalam 3jam ke 4 jam perjalanan. Tapi trip kitorang kali nih hanya sampai ke Puncak Broga je u-ols.

Alamak aku dah puas rotate, tapi tak berjaya gak. Terpaksalah korang sengetkan kepala, skrin pc or laptop yek. Haha ok kereta semua boleh parking kat dalam kawasan pokok kelapa sawit ni. Tiket parking RM2 je, kaya woo Aso tokeh tanah kedaung ni. haha

Aksi menggedik aku ngan adik aku, Ain. Memang semua sedia tahu walaupon aku lebih tua setahun, tapi perangai aku memang macam bawah 3 tahun daripada adik aku ni. Excited nak mendaki. hihi >.<

Farah is one of my best friend. Masuk ni dah 3 kali dia mendaki Bukit Broga. Fit giler awek ni. Gunung Kinabalu pon dia dah berjaya tawan tau. Respect. Thanks Farah sebab merealisasikan impian aku. Touching! wuuu >.<

Baju biru tu adik aku Ain, baju merah lak anak buah aku Farah Amani. Jangan tak percaya, ya dia anak buah kami yang pertama lahir tahun 1993 (sila kira sendiri kalau nak tahu berapa umur dia ngee).

Ain with her husband Wan Gdee. Mamat ni kene paksa pergi oleh wife dia, ikutkan dia ada program ngan group superbike dia harini. Dek kerana wife tersayang, terpaksalah cancel semua tu. huhu tengs adik ipau!

Lebih kurang pukul 8.15 am kami start pendakian. Tapi make sure sebelum nak start mendaki tu korang buat regangan badan k...kira warming up lah untuk elakkan kekejangan otot semasa mendaki nanti. Penting. Ingat tau u-ols... Psss tengok muka amoi pakai baju kuning tu, mesti happy gila dia dapat tengok sunrise tadi kan. uhu kitorang lak baru nak naik, jelus :(


Ni Aimi... best friend aku gak. Aku, farah, aimi kawan 1 sekolah masa sekolah menengah dulu kala. Kepala kitorang kalau dicantumkan memanglah kebabom. Mulut masing-masing pon super power. Orang Melaka kauuu. haha tengs beb sama2 join trip ni! Walaupon ko yang paling awal sampai, dan dikira agak berangin la nk tunggu aku dan farah sampai tapi ko tetap debomb weh! Mulut bising takper janji hati baik! haha

Sepanjang pendakian. Masing-masing energy high lagi ni. weeee

First stop kitorang. Masa ni just minum air seteguk dua, lap-lap peluh dan teruskan pendakian semula. huhu

Yeahhh sempat bergambo... terbaik wehh... uhu

Farah anak buah aku yang superb excited!

Warghhh masa ni nak nanes nengok keindahan daripada atas bukit. Tapi kami belum sampai dipuncak lagi pon sebenarnye. Wahhh indahnya ciptaan Tuhan. :)

Aksi-aksi tergejal aku. haha ko hado?? Kalau dah jumpa camera memang lupa diri sikit. Tak sedar dah tua! Muahahah 

Okey korang meh sini aku nak habak. Laluan ni memang lah terpaling scary sebab bukit dia agak botak dan cerun dia lebih kurang 45 darjah weh. Tu seb baik dah disediakan tali, boleh lah masing-masing berpaut. Tapi kalau hujan, aku tak rasa pendakian boleh diteruskan. Sebab kat sini pasti akan jadi air terjun lumpur. huhu  

Sempat tu posing. hahah kalau jatuh memang tak hengat lah kan kesakitannya. Tapi alhamdulillah seb baik semua selamat. Teruskan pendakian :)

Dok rehat lagi. Agaklah kepanasan sebab aku rasa masa ni dah nak menghampiri pukul 9.00 pagi kot. Peluh pheww tok sah cakap ler. haha

Beraksi diatas bukit berbatu. Seronok sangat sebab ciptaan Tuhan tersangat-sangat indah. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Wahhh best!!!

Hah tak kuasa kau nak caption banyak-banyak. Memang awesome! 

Peace yaw. jenuh anak buah aku si Farah dok melayan aku bergambo. Sape suruh bawak DSLR kan. Tapi kalau takde DSLR, camera handphone pon haku layanz. haha

Meneruskan pendakian dan perjalanan. Memang sepanjang-panjang laluan tu korang akan jumpa dengan pokok lalang. Kalau korang nak tahu Bukit Broga ni juga dikenali sebagai Bukit Lalang. huhu

Yeahh abe wan posing! Penat yaw... haha

Ok korang yang belakang kitorang tu adalah puncak kedua terakhir sebelum kami tiba di puncak Bukit Broga. Wahhh masa ni memang dah terasa penat tapi digagahkan juga kaki untuk menghayunkan langkah. Semangat!

Cantik kan view. Gambaran ke puncak. Kalau tunang aku join kan best, leh snap pra wedding pic kan. Haha verangan ala Datuk Shekh Muzaffar dan wifey masa pra wedding diorang konon! 

Ni lak gambaran dari atas ke bawah bukit. hewww heww

Yeahhh kami dah nak sampai puncak dah!!! Ni adalah laluan yang agak sukar sebabnya korang kena gunakan kekuatan tangan untuk ampu badan naik ke atas batu tu. Huhu seb bek lah ade 2 orang budak machoh yang tolong tarik kitorang dari atas batu tu. weee ada budak melayu dan budak cina. Ai dik seb bek akak-akak tengok korang macam adik-adik je tau. sempat. haha

Wajah-wajah kepuasan. Pehhh seronok weh dah sampai puncak. Feeling dia memang lain macam. Dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa. Wuuu syahdu! 

Ni lak group budak sekolah. Seronok masing-masing bila cikgu buat trip naik Broga ni. hehe

Yap kami adik dan kakak. Ramai cakap muka lain-lain, tapi hidung lebih kurang kot. haha bangga tak boleh cakap bila dah sampai puncak. hehe

View dari puncak bukit. Syukran. Sampai juga kami... 

View dari puncak bukit. Syukran. Sampai juga kami... 

Ape lagi posing bergambar la weh. Yang belakang tu boyfriend farah. Cian dia baru balik keje terus join trip kitorang. Tengs Apis! Dia lah jadi pemandu arah kami. Tapi jangan risau, kalau korang pergi dah tiada pemandu arah boleh je ikut orang-orang sekeliling mendaki. Track pon dah ada. Takde papa dan insyaAllah selamat sampai. 

3 of us. Tiga dara pingitan. Tapi yang depan tu dah nk tawin dah... uhuk uhukkk :p

Labih kurang 20 minit gak kitorang kat Puncak Bukit ni. Dek kerana taknak berebut bila turun dengan budak-budak sekolah ni, kami cepat-cepat menghayunkan kaki blah dari puncak bukit nih. uhukk bye Broga! 

Muka puas kan! hahaha macam-macam ekspresi muka aku nak tayangkan. well jangan cakap aku gedix u-ols. haha walaupon ya. :)

Bedebuk... kesian dak ni jatuh. Seb baik tak injured weh. Cuma sakit di montot je katanya. Nak turun memang perlu berhati-hati. Janganlah tergopoh gapah. Bahaya u-ols.

Jangan komen pape bila aku bergambar. huhu

Turunlah dengan cara berhemah u-ols. Bahaya kalau tergesa-gesa. Biar lambat asalkan selamat. 

Dari kiri: Hafiz, Farah, Ain, Faridah, Zubex, Aimi, Farah. 
Wan Gdee takde sebab jadi tukang amik gamabar. huhu

Cerun yang agak bahaya tu. Alhamdulillah semua selamat turun. 

Hah inilah fungsi sebenar tali ni tau. Bukan untuk pegang-pegang je. Masuk kan ke celah kelengkang dan turunlah dengan cara berundur perlahan-lahan. Kene rajin tengok bawah dan belakang. Jangan pakai redah jek. Safety first. hehe

Phewwww bagaikan Climber tersohor dunia. Kredit to Wan Gdee for the awesome picture! Love it and terus buat profile pic fb tau. haha

Dan tamatlah sudah pendakian ku ke Bukit Broga dengan family dan kawan-kawan tersayang. Ada beberapa orang anak buah aku yang tak pat join trip ni. Maka dengan itu, lepas Abang long aku pindah Kajang, kitorang akan plan the second trip lak. Kali nih nak straight sampai Gunung Tok Wan la plak. huhu dan yang paling penting, next trip nak naik subuh-subuh k. Nak tengok matahari naik. Doa-doakan tercapai hajatku ini. Amin :)) Bye u-ols! Wasalam. 

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

No comments: