Thursday, December 13, 2012

Cuti-Cuti Bestfriend : Lotus Desaru Beach Resort

Assalammualaikum w.b.t.

Hai hai hai..!!! harini kan aku nk cite pasal holiday aku ngah ex-housemates masa study kat Politeknik Merlimau Melaka (PMM) pada 1 dan 2 Disember 2012 yang lepas. Juna, Z, Yati, dan Ina. Seriously lama gile tak jumpa diorang semua... berkawan daripada zaman anak-anak dara you all...tup tap 3 orang dah kawin dan ada anak. Huhu 2 orang lagi masih bujang tapi sedang menunggu hari. Wahhhh termasuk aku letew! kikiki. Sebenarnya kitorang housemates seramai 5 orang, tapi last minutes sorang tak dapat join iaitu Ano. Tapi sorang best friend aku iaitu Ina Gombak dan kakaknye Angah join sekali. Yabedabedu! Happening!

Nak tahu kitorang bercuti kemana? Kitorang pergi Desaru. Menginap di Lotus Desaru Beach Resort. What the awesome place you ols! Tempatnya tersangatlah menyeronokkan, sangat sesuai untuk family yang nak bercuti ramai-ramai, untuk suami isteri yang baru berkahwin-honeymoon gitu, juga sesuai untuk mana-mana pihak yang hendak menganjurkan team building, family day and so on.  Kenapa aku cakap tempat ni best? Hahhh... jom baca apa aku nak cerita. heheheh...

Di Lotus Desaru Beach Resort ni menyediakan hotel apartment 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Kitorang ambil apartment 3 bilik. Sangat selesa sebab ada 2 orang budak kenit ikut sekali, tambah-tambah lagi ada sorang kawan baik aku tengah sarat mengandung 8 bulan. Hah keselesaan itu penting. hihi. Aku booking bilik melalui http://www.agoda.com.my/. Apartment 3 bilik siap charges semua ialah RM720.00. Harga tu dah siap breakfast sekali untuk 6 orang. Ia jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga walk in iaitu lebih kurang RM900++.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini antaranya ialah kemudahan bersenam iaitu gym (aku sangat suka), kemudahan rekreasi seperti taman tema air, kolam renang, dan taman permainan kanak-kanak, spa, club house, aktiviti sukan pantai seperti jet ski, parasailing, viper, banana boat dan macam-macam lagi lah. Ok aku dah penat nak taip, ape kata jom layan gambar-gambar kitorang sepanjang berada di sana. SNAP-SNAP!

Bergambar di hadapan lobby Lotus Desaru Beach Resort

Best friends PMM: dari kiri Yati, Juna, Z, Aku, Ina

Apartment. Ada lebih kurang 647 buah bilik yang disediakan di sini. Banyak kan!
Makan malam kami di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Ehh jangan salah faham ekh, restoran ni terletak di luar Lotus Desaru Beach Resort tau iaitu di Bandar Penawar. Jarak lebih kurang 15minit je...dekat dan senang nak cari. Servis sangat cepat, makanan pon boleh tahan sedap. Boleh klik sini http://bujangboatfirefly.blogspot.com/ 

Kami ambil pakej untuk 6 orang. Udang goreng butter, sotong goreng tepung, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, ikan siakap 3 rasa dan satey. Total semua RM120++ je. murah dan sedap!

Wajah-wajah gumbira. 


Aksi gedix santai aku n Ina gombak. Haihhhh miss u babe!

Dan lagi.... haha belakang tu pantai tau. 

Aku ngan mak buyong juna. cian Juna tak leh posing. Maka aku perlu memainkan peranan lebih!
Tu yang mcm terover banyak. hahaha

Di sini ada disediakan Shuttle tau. Oleh kerana Lotus ni sangat besar , maka memang ia menjadi keperluan utama para pengunjung ke sini. Ada lebih 5 buah shuttle tau. Yang aku nampak lah, huhu 

Breakfast kami pagi tu. Pelabagai juadah makan yang disediakan. Alhamdulillah kenyang... :)

Huarghhhh ramai kan... alamak sorry lah gambar tak rotate.
hahaha sesekali exercise tengkok yer you ols! haha 

Can you imagine it? I naik parasailing okk... haha. Harga sekali fly RM100 you ols.
Aku pejam mata jelah g bayar. Dapat merasa sekali pon cukuplah kan. hehe 

Sedang dipakaikan safety jacket. Manelah tahu tetibe tengah syok-syok fly, aku boleh terjatuh di tengah-tengah laut ke kan... hahha manetahu. Dah lah tak reti berenang. 

Memang pengalaman terindah. Aku bukanlah di dalam kategori minah-minah gayat bila berada di tempat tinggi. So bila aku dapat terbang tu, memang aku hayati dan nikmatinya dengan sehabis baiklah. Selamber dek aku jer lepaskan tangan tak pegang tali dan buat tangan fly ala-ala Titanic tu. Tapi jangan risau, walaupun aku tak pegang tali masih ada supporter tali dari bawah yang boleh dukung aku. hahaha AWESOME babe!!!

Relaxing! Permandangan tersangatlah indah... Time nilah aku teringat orang di sana. cet! haha 

Me - no caption please. >.<

Atas rumput ni korang nak guling-guling pon tak per. Mungkin rumput mahal kot, so rasa macam karpet jelah. hehehe

Kakiku Kakimu

Aksi-aksi kami menggunakan Cymera Apps. hihi

Aksi-aksi kami menggunakan Cymera Apps.
Sila abaikan jika nampak punggung aku kelihatan besar di sana. hahaha

Lepas puas lepak tepi pantai, kami gi berendam di Theme Park pulak. Nak masuk sini kene pakai gelang Theme Park ok. Kalau tak, sia-sia kene halau keluar dr kolam! haha

Sukanya si kecik Yati dan Z dapat main air. haha

Beraksi dibawah Falling Coconut! 
Kalau lah air jatuh time ni, memang haru budak-budak kenit tu dibuatnya. haha

With my Luvly Ina! Macam-macam aksi kitorang buat, tak sedar umur dah 27 tu! 
hihihi macam sweet 17th jep! 

Part ni paling best! Suka gila bila air tu jatuh atas kepala kitorang. hahaha.... 

Kenangan terindah kami sepanjang bercuti di sini. Kesempatan ni, nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada my besties Juna (pregnant mommy tu) sebab dialah yang belanja kami bermalam di Lotus Desaru Beach Resort ni. Moga rezeki bertambah murah ye babe! Dan selamat melahirkan baby yang confirm cute macam auntie Bex! harharhar...


Bersambung di lain percutian....... jeng-jeng-jeng

BERMINAT??ISI FORM DULU YE^^

1 comment:

Unknown said...

brape hari brape mlm tu rm700