- genetik
- umur
- jantina
- masalah tiroid
- tahap hormon.
- Kurang bersenam
- Otot Rendah
- Tabiat makan yang tidak teratur
- Makan terlalu banyak lemak
- Crash diet
- Kekurangan protein
- Terlalu banyak alkohol
- Tekanan dan kurang tidur
- Ok korang kena tahu yer BMR adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang lebih banyak otot. Dengan tingginya jisim otot dalam badan seseorang, lebih banyak kalorilah yang akan dibakar walaupun korang sedang berehat.
- Jadi mulalah mengangkat berat dan membina otot dalam usaha untuk meningkatkan metabolisme. :)
- Untuk makluman, senaman HIIT mampu membakar lebih banyak kalori dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama juga boleh meningkatkan BMR korang.
- Buat latihan HIIT dalam senaman anda. Sebagai contoh ialah berlari perlahan & berjalan selama 30 minit : berlari perlahan selama 2 minit kemudian berjalan selama 1 minit. Teruskan selama 30 minit dan rasakan ke'mengah'annya. hihihi
- Selain daripada itu, korang juga boleh cuba aktiviti HIIT yang lain seperti tabata, selang pecut, selang treadmill, kick boxing, lompat tali, sprint rintangan, bola sepak dan juga tenis.
- Hah makan pon boleh merangsang metabolisme untuk tempoh yang singkat tau. Ini bermaksud jika korang makan lebih kerap, maka lebih banyak metabolisme yang akan diransang dan meningkat.
- Tetapi jangan salah faham yer. Makan dalam bentuk hidangan yang kecil sahaja tau setiap 2 hingga 3 jam.
- Makan kerap tidak bermakna makan makanan ringan sahaja.
- Pastikan setiap mini makanan itu lengkap dengan hidangan sayur-sayuran dan sumber yang sihat seperti protein.
- Sumber protein yang termasuk dalam makananadalah seperti kekacang (India dal), protein whey, sayur bayam, kacang kuda, kacang buah pinggang, brokoli, keju, kacang soya, yogurt, susu, daging lembu tanpa lemak , ayam, ikan dan telur putih.
- Sumber protein ini dapat membantu korang untuk membina otot.
- Makan satu sudu cili dan lada dalam makanan korang untuk meningkatkan metabolisma.
- Tambah halia dalam makanan untuk mempercepatkan proses penghadaman badan.
- Selain itu, korang juga boleh mengamalkan minum teh hijau 3-5 kali sehari. Ia boleh membakar sehingga 80 kalori tambahan tanpa sebarang usaha.
1 comment:
Salam minta izin share ye
Post a Comment