Assalammualaikum w.b.t.
Andaman? Seriously nilah part paling pening aku nak decide. Dan aku percaya semua bakal-bakal pengantin alami benda yang sama. Aku start survey untuk andaman ni daripada bulan Mei 2013 (7 bulan sebelum majlis). Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang bulan Mei tu aku gi gegar satu-satu butik pengantin area Melaka ni. Tapi takde satu pon yang terpaut di hati. Haih
Iyep aku rasa, aku memang sangat cerewet kalau nak memilih dan membuat satu-satu keputusan ni. Tapi tu normal lah kan. Perempuan... haha kan. Dan satu lagi mungkin sebab aku ni jenis praktikal orangnya. Untuk membuat keputusan yang terbaik, aku pasti akan senaraikan kriterianya terlebih dahulu. Nak tahu tak apa tips dan kriteria yang aku dah senaraikan? hehehe...
So antara butik pengantin yang aku dah gi survey sepanjang dua bulan sebelum aku membuat pemilihan terakhir ialah seperti berikut.
Iyep aku rasa, aku memang sangat cerewet kalau nak memilih dan membuat satu-satu keputusan ni. Tapi tu normal lah kan. Perempuan... haha kan. Dan satu lagi mungkin sebab aku ni jenis praktikal orangnya. Untuk membuat keputusan yang terbaik, aku pasti akan senaraikan kriterianya terlebih dahulu. Nak tahu tak apa tips dan kriteria yang aku dah senaraikan? hehehe...
- Mesti menepati citarasa diri sendiri. Bukan citarasa orang tua, adik beradik dan kawan-kawan ye. Yang nak kawin kan kite kan. huhu
- Butik andaman tidak clash tarikh kita dengan pengantin lain. Takut nanti, servis jadi teruk sebab tak cukup kakitangan dan sebagainya.
- Selesa berinteraksi dengan juruandam atau pemilik andaman. Kalau pengantin ngan mak andam tak sebulu kan ke payah gamaknye.
- Pakej perkahwinan yang diberikan tu seperti yang kita kehendaki atau tidak. Kalau rasa tak sesuai baik reject awal-awal.
- Puas hati atau tidak dengan dekorasi pelamin, pakaian dan teknik make up mereka?
- Bagaimana dengan harga yang ditawarkan? Sesuai ke tidak dengan bajet pengantin? Seeloknya memilih sekadar yang termampu. Jangan berlebih-lebih jika ia hanya sekadar untuk menyedapkan mata para tetamu.
- Adakah anda kesah jika mak andam itu lelaki atau 'nyah'? Kalau anda jenis mengambil berat akan hal ini, pastikan anda memilih jurumekap yang tepat yer.
- Benda paling penting ialah korang mesti rajin survey untuk mendapatkan perkhidmatan butik andaman yang terbaik. Tak kesahlah survey tru facebook, telefon ataupun pergi terus ke butik mereka.
So antara butik pengantin yang aku dah gi survey sepanjang dua bulan sebelum aku membuat pemilihan terakhir ialah seperti berikut.
- Butik Andaman Gee Cantek : Aku tak berkenan dengan pelamin diorang. Tiada kelainan bagi citarasa aku.
- Lumiere Concept Wedding Planner : Agak mahal sebab dia tiada pakej.
- Butik Andaman Intan : Servis dan layanan yang diberikan sangat teruk. Tak suka!
- Astrella Bridal : Pakaian pengantin tidak menepati selera aku. Tapi layanan bagus.
- Zamrimat Touch Inspired : Clash date dengan pengantin lain.
- Saiful Sin Couture : Sngat suka tapi lari bajet lah. hihi aku kan pengantin bajet. wakaka
- Butik Pengantin Didi : Terlalu menggesa aku untuk bayar deposit. Tak bagi can aku nak survey2 dulu. Haih
- Hana Zakaria Wedding Planner : Sudah fully booked.
- Yann Rifft : Banyak kali dah buat appoinment nak jumpa tapi owner terlalu busy. Selalu outstation.
- Mentari Kreatif : Adik dan ramai kawan-kawan aku yang dah guna servis mereka. Inginkan kelainan. hehe
6 comments:
bab butik andaman intan - I TOTALLY AGREE!!! service teruk. berlagak. pastu baju semua same design. bila kita nak design lain, dia layan kitam cm x mampu bayar! last2 amik pakej kt org lain and i mintak 100% deposit refund!!!! padan muka dia. geram!!
tentang intan bridal melaka, sy setuju, kepada b2b kalau boleh elakkan lah..
SEGA TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY
A new product from SEGA is where is titanium found TINY titanium alloy nier TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY titanium sheet metal TINY TINY TINY TINY TINY titanium alloy nier TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY TINY titanium bikes
Post a Comment